| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan 
pencapaian penggunaan ke atas penggunaan teknologi maklumat (IT) berasaskan komputer bagi 
pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri 
daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 44 orang 
guru yang mengajar sains di beberapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Daerah 
Batang Padang, Perak. Data yang diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian 
komputer melalui program SPSS Version 11.5. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif 
yang melibatkan pengukuran frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi 
melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikan p < 0.05. Hasil dari analisis, didapati tahap kesediaan 
guru sains dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan 
bahawa tahap kesediaan guru sains adalah rendah dari aspek pencapaian penggunaan IT. Dari segi 
perbezaan min pula, basil menunjukkan bahawa faktor jantina dan kumpulan perkhidmatan tidak 
mempengaruhi tahap kesediaan guru dari semua aspek yang dikaji. Adalah diharapkan semua guru sains 
mengambil inisiatif untuk menyediakan diri dalam penggunaan IT berasaskan komputer ini di dalam P&P 
mereka.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |