UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan dan strategi yang digunakan dalam pembudayaan Biah Solehah dan hubungannya dengan penghayatan akhlak pelajar Tingkatan Empat SMKA di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori Ibn Khaldun untuk mengkaji strategi pelaksanaan Biah Solehah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Seramai 886 orang pelajar tingkatan empat SMKA dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Manakala 5 orang guru SMKA dipilih secara rawak untuk ditemu bual secara separa berstruktur. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, Ujian t-Test, ANOVA, Korelasi Spearman dan Regrasi Linear Mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan Biah Solehah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan strategi pelaksanaan Biah Solehah dengan strategi Ansyitah, Qudwah, Amali, Talqin dan Takrir pada tahap tinggi kecuali Taqlid pada tahap sederhana tinggi. Dapatan persepsi terhadap pembudayaan Biah Solehah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan persepsi pelajar terhadap penghayatan akhlak di dalam sekolah dan asrama pada tahap tinggi dan penghayatan akhlak pelajar di luar sekolah dan asrama juga pada tahap tinggi. Dapatan temu bual menunjukkan pembudayaan Biah Solehah, strategi pelaksanaan Biah Solehah dilaksanakan di sekolah dan pelajar mengamalkan akhlak yang baik walaupun terdapat segelintir yang bermasalah. Analisis inferensi perbezaan menunjukkan 10 hipotesis nol diterima manakala 2 hipotesis nol ditolak berdasarkan enam faktor demografi pelajar. Analisis korelasi pula menunjukkan strategi pelaksanaan Biah Solehah mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan akhlak pelajar di dalam sekolah dan asrama (r=0.644, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |