UPSI Digital Repository (UDRep)

Biah solehah dan penghayatan akhlak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

AVAILABLE Thesis 2387 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Biah solehah dan penghayatan akhlak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Type
Thesis
Main Author
Norhisham Muhamad
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan dan strategi yang digunakan dalam pembudayaan Biah Solehah dan hubungannya dengan penghayatan akhlak pelajar Tingkatan Empat SMKA di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori Ibn Khaldun untuk mengkaji strategi pelaksanaan Biah Solehah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Seramai 886 orang pelajar tingkatan empat SMKA dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Manakala 5 orang guru SMKA dipilih secara rawak untuk ditemu bual secara separa berstruktur. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, Ujian t-Test, ANOVA, Korelasi Spearman dan Regrasi Linear Mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan Biah Solehah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan strategi pelaksanaan Biah Solehah dengan strategi Ansyitah, Qudwah, Amali, Talqin dan Takrir pada tahap tinggi kecuali Taqlid pada tahap sederhana tinggi. Dapatan persepsi terhadap pembudayaan Biah Solehah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan persepsi pelajar terhadap penghayatan akhlak di dalam sekolah dan asrama pada tahap tinggi dan penghayatan akhlak pelajar di luar sekolah dan asrama juga pada tahap tinggi. Dapatan temu bual menunjukkan pembudayaan Biah Solehah, strategi pelaksanaan Biah Solehah dilaksanakan di sekolah dan pelajar mengamalkan akhlak yang baik walaupun terdapat segelintir yang bermasalah. Analisis inferensi perbezaan menunjukkan 10 hipotesis nol diterima manakala 2 hipotesis nol ditolak berdasarkan enam faktor demografi pelajar. Analisis korelasi pula menunjukkan strategi pelaksanaan Biah Solehah mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan akhlak pelajar di dalam sekolah dan asrama (r=0.644, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.