UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap pemahaman pendidikan multibudaya dalam kalangan guru di sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 301 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Tahap pemahaman pendidikan multibudaya dalam kalangan guru di sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Md Zaini Saaid
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan merupakan elemen penting yang disarankan oleh Byram (1997) dalam teorinya berkaitan pendidikan multibudaya. Para guru perlu dilengkapkan dan didedahkan dengan elemen-elemen tersebut melalui latihan perguruan dan program-program berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat pendidikan multibudaya yang bertujuan menghindari prejudis terhadap perbezaan etnik serta membina sikap positif terhadap perbezaan etnik. Kajian ini meneliti dan mengenalpasti pemahaman  guru mengenai pendidikan multibudaya yang diamalkan di sekolah. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16, Bandar Tun Abd Razak, Jengka, Maran, Pahang. Elemen pendidikan multibudaya seperti pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan merupakan fokus utama pengkaji yang berpandukan kepada model Byram (1997). Soal selidik digubal oleh pengkaji digunakan sebagai instrumen utama kajian. Soal selidik yang menggunakan skala likert ini mengandungi 33 item dan diedarkan kepada 50 orang guru yang terlibat secara langsung dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, pemahaman mengenai pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah menengah berada pada tahap sederhana. Usaha yang berterusan penting untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai pendidikan multibudaya.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.