UPSI Digital Repository (UDRep)

Asas pergendangan Kelantan dalam Mak Yong

AVAILABLE Thesis 303 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Asas pergendangan Kelantan dalam Mak Yong
Type
Thesis
Main Author
Yap, Eng Sim
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2014
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kesenian tradisional dilihat semakin hilang ditenggelami era teknologi dan globalisasi masa kini. Ini amat kritikal kerana pengiat atau pewaris kesenian tradisional juga semakin berkurangan, sama ada ditelan dek umur atau meninggal dunia. Adalah amat penting bagi kita memulihara dan memastikan kesenian tradisional warisan ini terus wujud. Ia melambangkan identiti Negara kita yang unik. Sebuah Negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum peribumi. Kesenian tradisi ini merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya pada bangsa dan Negara kita. Dalam sistem pendidikan di sekolah, pendidikan muzik banyak mengunakan sistem pendidikan muzik dari barat. Menurut Zaharul Lailidin Saidon (14:2009), amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Walaupun pada masa kini terdapat kesedaran yang wujud dalam pendidik untuk menggunakan sumber kesenian tradisional sebagai bahan pengajaran pendidikan muzik di sekolah, namun kekurangan bahan rujukan sentiasa menjadi kekangan untuk meneruskan hasrat ini. Maka diharap usaha mendokumentasikan kesenian tradisional warisan Negara kita terus dilaksanakan dengan harapan suatu hari nanti impian pendidik ini akan terlaksana. Walaupun usaha menggunakan kesenian warisan tradisional Negara dalam pendidikan muzik di sekolah bukan mudah, namun ia juga bukan mustahil pada suatu hari nanti.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.