UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan antara minat dan budaya membaca dengan kebolehan berbahasa pelajar yang digambarkan dalam penulisan karangan

AVAILABLE Thesis 300 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkaitan antara minat dan budaya membaca dengan kebolehan berbahasa pelajar yang digambarkan dalam penulisan karangan
Type
Thesis
Main Author
Latifah Harun
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji perkaitan antara minat dan budaya membaca dengan kebolehan berbahasa  pelajar yang digambarkan dalam penulisan karangan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar  Tingkatan 4 di Seko)ah Menengah Kebangsaan Senawang 2, Seremban, Negeri Sembilan. Sebanyak 60  responden Melayu yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan dipilih secara  rawak. Alat kajian berupa satu set borang soal selidik, pemerhatian, temu bual pengkaji dengan  responden dan guru bahasa Melayu dan markah ujian bulanan penulisan karangan. Dapatan kajian  dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Data yang diperolehi mengenal pasti faktor yang  mempengaruhi pelajar menghasilkan karangan yang baik (berkualiti). Tujuh faktor yang berkait  rapat dengan kemahiran menulis karangan iaitu latar belakang keluarga, status sosio ekonomi, sikap  dan minat, kekerapan membaca pelbagai bahan bacaan, jenis bahan bacaan yang dibaca, faktor   persekitaran dan faktor dorongan.  Hasil  kajian menunjukkan faktor latar belakang keluarga  sememangnya memberikan sumbangan meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar ini. Selain itu,  faktor afektif seperti sikap, minat dan motivasi turut membantu menanam minat dan budaya membaca  pelajar ini. Dapatan kajian menunjukkan peJajar yang banyak membaca bahan bacaan ilmiah mendapat  markah yang tinggi (gred 2A. markah  70-79) dalam  ujian penulisan karangan berbentuk deskriptif  dan karangan berbentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan positif antara  kebolehan berbahasa dengan jumlah bahan bacaan ilmiah yang dibaca oleh pelajar ini. Kajian ini  terdiri daripada lima bab iaitu; Bab l: Pendahuluan Bab 2: Tinjauan Literatur. Bab 3: Metodologi  Kajian. Bab 4: Dapatan Kajian dan Bab 5: Kesimpulan dan Cadangan. Diharap kajian dimanfaatkan  oleh guru, pelajar, ibu bapa dan pemikir kurikulum  supaya  mewujudkan  suasana dan persekitaran   yang boleh merangsang minat dan budaya membaca. Kemudahan infrastruktur atau prasarana yang  mencukupi dan seJesa haruslah diwujudkan di setiap sekolah dan di rumah supaya minat dan budaya  membaca tumbuh subur dan mampu melahirkan pelajar yang mahir berbahasa secara lisan dan tulisan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.