Terra Sigillata - permanfaatan bahan tempatan sebagai bahan pewarna alternatif dalam penghasilan produk seramik
Type
Thesis
Main Author
Zaidi Wasli
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini merupakan "studio experimental research". Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan
bahan pewarna alternatif dalam penghasilan produk seramik. Ia menjurus kepada usaha meningkatkan
kualiti bahan "terra sigillata" dengan menggunakan tanah liat tempatan untuk menyamai atau lebih
baik dari licau konvesional. Sampel bahan (tanah liat) diperoleh dari kawasan sekitar Daerah Batang
Padang dan tiga lokasi telah dipilih iaitu bukit, tebingan sungai dan paya.
Setiap proses, ujian dan keputusan dinilai dan disahkan bersama oleh pakar tempatan. Terdapat dua
jenis instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu, peralatan makmal yang terdapat di
bengkel seramik Fakulti Seni Dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Borang laporan makmal
pula digunakan untuk merekod setiap proses, ujian, keputusan dan pengesahan penyelia. Pengkaji
berharap dapatan kajian ini dapat membantu guru Pendidikan Seni dan para pendidik menyelesaikan
masalah dalam proses P&P seramik di sekolah dan IPT, disamping menyediakan Alat Bantu Mengajar
(ABM) yang lebih mudah dan efektif.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.