UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Sistem kawalan merupakan salah satu subtopik yang terdapat dalam buku teks Reka Cipta tingkatan 5. Sistem kawalan merupakan satu set peranti yang mengawal sesuatu pergerakan dan fungsi sesebuah peralatan atau mesin. Ia merupakan gabungan beberapa komponen yang boleh beroperasi berdasarkan kepada kerja yang dilakukan setelah diprogramkan. Para guru menyatakan kesediaan peralatan dan alat bantu mengajar masih kurang memuaskan. Pihak sekolah masih lagi tidak mempunyai peralatan dan kelengkapan yang sepenuhnya bagi menghasilkan ABM untuk digunakan dalam PdPc. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan Electro Learn Kit berasaskan Internet of Things (IoT) sebagai ABM bagi topik Sistem Kawalan. Pembangunan Electro Learn Kit ini menggunakan teori kognitivisme dan konstruktivisme berlandaskan model ADDIE, yang melibatkan lima peringkat utama iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi, dan penilaian. Kajian ini melibatkan tiga orang guru matapelajaran Reka Cipta yang ditemubual bagi mendapatkan analisis keperluan pembangunan ABM dan kebolehgunaan ABM. Kesahan ABM daripada pakar yang terdiri daripada tiga orang pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang kejuruteraan juga dilakukan pada peringkat pembangunan ABM melalui senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa maklumbalas terhadap ABM yang dibangunkan adalah positif dan memerlukan penambahbaikan yang minima. Dengan adanya ABM ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik sistem kawalan dan menarik minat pelajar untuk belajar |
References |
Abd Samad, N., Ahmad, W. M. R. W., Harun, H., Amiruddin, M. H., Hashim, S., & Jaâ, F. (2018). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners. Abdullah, N., Yusuf, N. A. N., Noh, N. M., & Zabit, M. N. M. (2017). Pembinaan perisian interaktif untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam mata pelajaran sains sekolah rendah: The construction of interactive software to apply the science process skills in science elementary school. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(1), 76-92. Ahmad, S. B., Zaimani, A. Z. B., Hakim, M. Z. B., Ghani, D. Z. B. A., & Nawi, N. D. B. Mengatasi Masalah Kekurangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas melalui laman web (Portal). Azizan, A. Z., & Zawawi, I. F. A. (2023). Hubungan Penggunaan Internet of Things (IoT) Dengan Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Di Batu Pahat. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 913-928. Azman, M. N. A., Azli, N. A., Mustapha, R., Balakrishnan, B., & Isa, N. K. M. (2014). Penggunaan alat bantu mengajar ke atas guru pelatih bagi topik kerja kayu, paip dan logam. Sains Humanika, 3(1). bin Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1). bin Nisa, K. (2004). Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model ADDIE: Analisis Kajian di Emporia State University Korea Selatan dan Universiti Teknologi Malaysia. Gustafson, K., Branch, R.M. (1997). Instructional Design Models. NY: ERIC Clearinghouse on Information and Technology. Hamzah, A. (2004). Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya: Qualitative Methods in Sociocultural Research. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6(1), 1-10. Husin, N. F., Judi, H. M., & Hanawi, S. A. (2022). Pembelajaran pengaturcaraan bermakna: Model Integrasi Teknologi Berpusatkan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(1), 29-40. Iberahim, Z., Ismail, Z. A. B., & bin Haris, M. H. M. (2022). Pembangunan Papan Litar Bercetak bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS. Journal on Technical and Vocational Education, 7(2), 25-32. Kahar, M. F. S., Ibrahim, T. N. T., Rahim, A. A. M., & Fadzil, N. H. H. N. (2022). Pertanian Pintar menggunakan IoT. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 422-428. Kasim, T. S. A. T., Abdurajak, F. S., Yusoff, Y. M., & Baharuddin, M. (2017). Pendekatan konstruktivisme di Malaysia dan Brunei Darussalam: Satu tinjauan awal terhadap pengalaman guru pendidikan islam: Constructivism approach in Malaysia and Brunei Darussalam: A preliminary study on islamic education teachers’experiences. Journal of Islamic Educational Research, 2(1), 23-35. Mahat, A., Musa, S. N. I., Takiyuddin, M. A. S. M., Alias, M. A. A. M., & Shoib, M. H. (2019). Agd System–Inovasi Pengesan Kebocoran Gas Melalui Sensor Mq-2. Jurnal Dunia Pengurusan, 1(2), 22-29. Manaf, R. (2023). Pembangunan Kit Pembelajaran Asas Programmable Logic Controller (PLC):“PLC is Fun and Easy”. APS, 348. Md Nor, D., Selamat, M. A., Johari, A., & Omar, R. (2005). Pembangunan Dan Penggunaan Pro-Trainer Kit Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Robotik Dan Sistem Kawalan Elektrik. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-18, 347-352. Nasir, A. M. N. M., & Aziz, M. F. A. (2021). Aplikasi Penggera Anti-Pencuri. Applied Information Technology And Computer Science, 2(2), 1275-1287. Nasohah, U. N., Gani, M. I. B. A., Shaid, N. B. M. S., & Shaid, M. (2015, February). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. In Makalah disajikan dalam Proceedings of the International Seminar on Language Teaching tanggal (pp. 4-5). RAHMAN, W. A. B. A. (2023). Food box system with buzzer alert and notification. Rasidi, N. M. M., Kamarudin, M. F., Haris, M. H. M., & Kafor, S. N. A. (2021). Pembangunan Sistem Kawalan Menggunakan Aplikasi Blynk bagi Mesin Flip Vacuum Thermoforming. Journal on Technical and Vocational Education, 6(3), 1-10. Royo, M. A., & Mahmood, H. (2011). Faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Reka Cipta. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(6), 145-174. Sabri, S., & Yahya, M. Y. (2020). Penggunaan Internet of Things (IoT) dalam Industri Pembinaan di Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 1(1), 482-498. Sahaat, Z., & Nasri, N. M. (2020). Cabaran pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 51-59. Salim, S. A. B., & Azman, N. Z. B. (2022). Smart street light based IoT. Shaharudin, S. I. B., Zainal, M. F. B., Nordin, P. N. D. B., Hamid, N. A. B. A., & Abdul, W. N. R. B. W. (2021). Kit Pembelajaran Robot Articulated Menggunakan Iot Dan Pembuatan Additif. Journal on Technical and Vocational Education, 6(1), 152-161. Taib, M. T. M., & Mustapha, R. (2017). Kemudahan Prasarana Dalam Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta di Sekolah Menengah Harian Malaysia. Sains Humanika, 9(1-5). Yunus, R. N. A. R., Jamian, M., Ramli, N. I. N., & Elias, M. R. (2020). Rekabentuk akuarium ternakan Udang pintar menggunakan aplikasi IoT bagi memantau kualiti air. ANP Journal of Social Science and Humanities, 1(1), 19-25.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |