UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Guru prasekolah di Malaysia menghadapi masalah dalam pengajaran komponen sosioemosi disebabkan kurangnya alat bantu mengajar, struktur dan panduan yang khusus. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan sosioemosi guru dalam memupuk moral kanak-kanak pasca pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dimana soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Kajian ini dilaksanakan terhadap 124 orang guru TABIKA PERPADUAN negeri Perak dan Selangor. Data yang di analisis menggunakan Statistical Package For The Social Science Version 27 (SPSS 27). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 75.0% guru mewujudkan rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mendorong perkembangan sosioemosi dalam memupuk moral kanak-kanak, 71.8% guru mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran sosioemosi kanak-kanak dalam memupuk moral kanak-kanak, 67.7% guru menggunakan kaedah pengajaran yang menumpukan aspek kemahiran sosioemosi dalam memupuk moral kanak-kanak, 66.9% guru melaksanakan kemahiran sosioemosi untuk memupuk moral kanak-kanak, 66.1% guru mengesan tahap-tahap penguasaan kemahiran sosioemosi dalam memupuk moral kanak-kanak, 64.5% guru menerapkan elemen-elemen kemahiran sosioemosi yang sesuai untuk memupuk moral kanak-kanak dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk membantu memperkembangkan kemahiran sosioemosi kanak-kanak. Selain itu, hanya 62.9% guru menguasai kemahiran sosioemosi yang perlu dimasukkan dalam pengajaran memupuk moral kanak-kanak, 62.1% guru menggunakan strategi kemahiran sosioemosi yang sesuai dalam memupuk moral kanak-kanak dan 58.1% guru mementingkan langkah-langkah membina kemahiran sosioemosi untuk memupuk moral kanak-kanak. Kesimpulannya, guru TABIKA mempunyai pengetahuan sosioemosi yang baik dalam memupuk moral kanak-kanak pasca pandemik COVID-19. Seterusnya dapat memberi impak positif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pengintegrasian kemahiran sosioemosi di TABIKA.
Kata kunci: Pengetahuan Sosioemosi, Moral, Kanak-Kanak |
References |
Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi, & Khairunnisa, A. S. (2018). Masalah sosial dalam kalangan pelajar dan peranan pensyarah pendidikan islam dalam pengajaran dan pembelajaran. e-Bangi, 13(5). Brackett, M. (2019). Permission to feel: Unlocking the power of emotions to help our kids, ourselves, and our society thrive. Celadon Books. Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. Harvard University Press google schola, 2, 139-163. Guide, C. A. S. E. L. (2013). Effective social and emotional learning programs. Preschool and Elementary School Edition. Hidayu, F., & Vasudevan, H. (2020). Covid-19 Pandemic during 2020 Malaysia Movement Control Order (MCO)-The Case Of Residential College Students’ Mental Health. International Journal of Social & Scientific Research, 6(11). Kohlberg, L. (1984). Essays on moral development, Vol. II, The psychology of moral development. San Francisco, CA: Harper & Row. Mohamed, S. (2021). Pembelajaran Sosioemosi Di Prasekolah: Tahap Pengetahuan dan Amalan Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 401-408. Mohammad, N. A., & Mohamed, S. (2020). Analisis keperluan pembangunan modul pembelajaran dalam membentuk kecerdasan sosioemosi kanak-kanak. International journal of education and pedagogy, 2(3), 70-82. Nor Hamizah Ab Razaki & Abdul Rashid Aziz @ Dorashidi. (2020). Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak: Kesan penjarakan sosial dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dan pendekatan dalam membantu. International Seminar on Islam And Science 2020, 448-445. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6841 Oliveira, S., Roberto, M. S., Pereira, N. S., Marques-Pinto, A., & Veiga-Simão, A. M. (2021). Impacts of social and emotional learning interventions for teachers on teachers' outcomes: A systematic review with meta-analysis. Frontiers in Psychology, 12, 677217. Santrock, J. W. (2019). Life-span Development. United Kingdom: McGraw-Hill Education. Sekaran, U. (2000). Research Methods for Business (3, d Edition). New Jersey: John Wiiey & Sons. Shahbudin, M. S. I. (2020). Kepanikan pengguna media sosial terhadap virus COVID-19. PENDETA, 11, 1-10.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |