UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak Pelabuhan Klang terhadap perkembangan sosioekonomi di Selangor bermula tahun 1972 sehingga tahun 2010. Pendekatan kajian adalah berdasarkan kaedah kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip telah dipilih untuk menjawab empat soalan kajian dengan perolehan sumber utama seperti dokumen dan manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia iaitu fail-fail dan Laporan tahunan, Colonial Office Record, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan minit mesyuarat. Selain itu, kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia, perpustakaan negara, dan perpustakaan National University of Singapore. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa Pelabuhan Klang berjaya melonjakkan pendapatan ekonomi negeri Selangor dengan munculnya banyak peluang perniagaan dan pelaburan. Kemajuan ketara Pelabuhan Klang dapat dilihat semenjak pengenalan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada tahun 1972 yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan penswastaan pelabuhan. Sebagai sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa, Pelabuhan Klang menyediakan kemudahan logistik kelas terbaik bagi kelancaran kapal-kapal dagang berlabuh serta berlepas dengan kadar yang segera. Peluang pekerjaan dan penempatan penduduk amat berkembang pesat di sekitar Pelabuhan Klang telah menjadikan Selangor sebagai tarikan ekonomi bagi rakyat Malaysia untuk berkerja demi meningkatkan taraf hidup mereka. Pembukaan Port Klang Free Zone (PKFZ) di pulau Indah merancakkan lagi kegiatan ekonomi di Pelabuhan Klang sehingga berjaya meletakkan Malaysia setaraf dengan pelabuhan utama dunia seperti Pelabuhan Jebal Ali, Hong Kong, Rotterdam, dan Singapura. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan Pelabuhan Klang memberi sumbangan yang sangat bermakna dalam perkembangan dan kegiatan ekonomi negeri Selangor. Implikasi kajian membuktikan bahawa Pelabuhan Klang mempunyai peranan yang sangat besar dan amat penting dalam menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |