UPSI Digital Repository (UDRep)

Tingkah laku buli daripada perspektif Teori Pilihan (Choice Theory) kajian kes di sekolah berasrama penuh

AVAILABLE Thesis 317 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tingkah laku buli daripada perspektif Teori Pilihan (Choice Theory) kajian kes di sekolah berasrama penuh
Type
Thesis
Main Author
Esa Abd Samad
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2011
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Masalah tingkah laku pembuli di negara ini adalah serius berdasarkan kajian-kajian lepas dan memerlukan kajian lebih mendalam untuk memahami tingkah laku ini. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tingkah laku buli dalam kalangan pelajar daripada perspektif Teori Pilihan (Choice Theory) di sekolah berasrama penuh. Kajian ini berbentuk kajian kes yang dijalankan melalui kaedah single case multiple site dalam kalanganĀ  5 orang informan utama dan 6 orang informan tambahan. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual semiĀ  mendalam semi berstruktur. Hasil temu bual disokong dengan analisis dokumen seperti rekod disiplin dan rekod kaunseling serta pemerhatian tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta-peserta yang dikaji dipengaruhi oleh psikologi kawalan luaran yang menyebabkan mereka melakukan tingkah laku buli. Mereka juga terlibat dalam tingkah laku buli untuk memenuhi keperluan asas seperti kuasa, kasih sayang dan kesepunyaan, kebebasan, kegembiraan dan kelangsungan hidup. Walaubagaimanapun peserta kajian pertama, kedua dan ketiga lebih dipengaruhi oleh keperluan asas kuasa dan kasih sayang dan kesepunyaan. Peserta kajian keempat dan kelima lebih dipengaruhi oleh keperluan asas kuasa, kebebasan dan kelangsungan hidup. Keseluruhannya, keperluan asas kuasa merupakan pengaruh paling dominan dalam kalangan semua peserta yang mempengaruhi tingkah laku mereka.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.