UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QA76 Computer software
Main Author :Noraini Ramli
Title :Kebolehgunaan content AR terhadap modul Sijil Animasi 3D dalam kalangan siswa Kolej Komuniti Teluk Intan
Hits :44
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2019
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan prototaip dan menilai kebolehgunaan aplikasi kandungan Augmented Reality (AR) bagi peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran Sijil Animasi 3D dalam kalangan siswa Kolej Komuniti. Kajian ini mengenalpasti ciri-ciri utama pembangunan prototaip kandungan AR melalui adaptasi daripada Sistem Kegunaan Skala (System Usability Scale - SUS) dan instrumen yang dibangunkan oleh Huda. Kebolehgunaan prototaip aplikasi kandungan AR dinilai melalui beberapa atribut iaitu masa, reka bentuk dan daya tarikan. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa kajian berdasarkan model ADDIE, iaitu fasa analisis, pembangunan dan penilaian. Pemilihan sampel kajian adalah daripada kesemua 60 siswa yang mengambil program Sijil Animasi 3D di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak. Analisis data menunjukkan bahawa skor min faktor kebolehgunaan prototaip aplikasi kandungan AR adalah 4.23 (SP = 1.55) yang menunjukkan bahawa pelajar melihat prototaip kandungan AR sangat menarik dan direka dengan baik dari segi masa 4.95 (SP = 0.23), reka bentuk 4.35 (SP = 0.73) dan daya tarikan 4.95 (SP = 0.23). Kesimpulannya, penemuan positif ini menunjukkan bahawa prototaip aplikasi kandungan AR boleh berfungsi sebagai alat sokongan yang efektif untuk siswa bagi mempelajari kursus Animasi 3D.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.