UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noraina Maliha Ismail
Additional Authors :
  • Qalam Rabi’ah Ibrahim
  • Romarzila Binti Omar
Title :Tahap penguasaan guru terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain pasca covid di tabika kemas
Hits :72
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Ekoran daripada pandemik COVID 19, sistem pengajaran dan pembelajaran yang biasa dijalankan disekolah tidak lagi dapat dilaksanakan seperti biasa. Bagi meneruskan pembelajaran, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dirumah (PdPR). Untuk memastikan guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dirumah sebagai alternatif pembelajran norma baharu, Pihak KPM telah membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran dirumah yang pertama pada tahun 2020 dan yang kedua tahun 2021. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap penguasaan guru terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain pasca covid. Kajian ini melibatkan 135 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru Tabika KEMAS di Negeri Melaka. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengkaji dan mengukur tahap penguasaan guru terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain pasca covid di Tabika KEMAS. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 untuk mendapatkan taburan min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhan min tahap penguasaan guru terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain pasca Covid di Tabika KEMAS yang di perolehi ialah 3.99 (SP = 0.62), manakala dari segi pengetahuan guru mempunyai nilai min sebanyak 3.98 (SP = 0.65) dan perlaksanaannya mempunyai nilai min sebanyak 4.00 (SP = 0.64). Dengan ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan guru terhadap pengetahuan dan perlaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain pasca Covid berada pada tahap yang tinggi kerana mereka telah didedahkan dengan amalan pengajaran belajar sambil bermain. Kata kunci: Belajar sambil bermain, Kaedah pengajaran dan Pembelajaran Pasca Covid, Covid 19, PdPR

References

Azizah Lebai Nordin. (2011). Study guide introduction to early childhood education. Kuala Lumpur, Malaysia: Open university Malaysia.

Che Azizan, S. N., & Mohamad Nasri, N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik Covid-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

Esah Sulaiman. (2012). Pengenalan Pedagogi Edisi Kedua. Johor, Malaysia: Terbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2021). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian Edisi Ketiga. Kuala Lumpur, Malaysia: Terbitan Universiti Malaya

Ima Eryanty Abdul Manaf & Adam Zulkarnain Saleng (2020). Pandemik: Pendekatan Pelaksanaan Latihan. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Kementerian Kesihatan Malaysia, (2020) Soalan Lazim Penyakit Coronavirus (COVID 19) : Putra Jaya, Malaysia: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah. : Putra Jaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Versi 2. : Putra Jaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mary Yap Kain Ching. (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-berperanan-lahir-pelajar capai-standard-gobal

Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. (2018). Tinjauan Tentang Pengetahuan dan Penerimaan Terhadap Pengajaran Berbeza Dalam Kalangan Siswa Pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan : IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Mohammad, S. A., Osman, Z., & Abdul Aziz, A. N. (2021). Perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 47-60. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.5.2021

Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah, (2021). Norma Baharu : Cabaran Pengajaran Digital Seacara Maya Pasca Covid 19. : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Malaysia.

Peng Chew, F., & Fikri Ismail, M, (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, M. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Prasekolah. 9(1), 14–25.

Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa, (2020). Peranan Dan Cabaran Pemimpin Pendidikan Dalam Memastikan Matlamat Dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Dicapai daripada https://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2.%20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20PENDIDIKAN.pdf

Rohani Ab Ghani. (2021). Pandemik Covid-19 dan Norma Baru Dalam Pendidikan di Malaysia. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Sintok, Kedah: Malaysia

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2007). Panduan kurikulum prasekolah. Selangor, Malaysia: PTS professional publishing sdn.bhd.

Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan Pembebelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Pulau Pinang: Malaysia

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11 (Edisi Khas COVID-19), 46-57

Wan Ya Shin, ( 18 April 2020). Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Artikel Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19.

Zaharah Kamaruddin, S. M. (2019). Keberkesanan Pendekatan Bermain Dalam Kemahiran Mengenal Huruf Melalui Permainan Bahasa. April, 108–118.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.