UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan penanaman tanaman jangka pendek terhadap pengusaha tanaman karas dan persekitaran fizikal

AVAILABLE Thesis 328 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kesan penanaman tanaman jangka pendek terhadap pengusaha tanaman karas dan persekitaran fizikal
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Faris Abdul Halim
Subject
SB Plant culture
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2020
Notes
with CD
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penanaman tanaman jangka pendek terhadap pengusaha tanaman karas (Aquilaria malaccesnsis) dan persekitaran fizikal. Temubual berstruktur telah dijalankan di negeri Perak dan Selangor bagi meninjau jenis dan harga tanaman jangka pendek yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Pengumpulan data seperti pengukuran tumbesaran pokok karas, penentuan kualiti tanah (mikronutrien dan makronutrien dalam tanah), pH tanah, kandungan air dalam tanah, tinjauan taburan serangga dan hasil tuaian bagi tanaman jangka pendek telah dilakukan di Ladang Karas Kampung Tambak Slim River, Perak sebanyak 3 kali iaitu ‘sebelum’ dan ‘semasa’ tanaman jangka pendek ditanam serta ‘selepas’ tanaman jangka pendek dibuang dari kawasan kajian. Ladang karas ini telah dipilih kerana lokasi ladang yang strategik dan mempunyai kemudahan yang lengkap bagi penjagaan pokok karas.  Reka Bentuk Rawak Blok Lengkap (RCBD) merupakan reka bentuk yang digunakan dalam kajian. Hasil temubual mendapati bahawa cili, jagung dan bendi adalah antara tanaman jangka pendek yang berpotensi untuk ditanam di tapak kajian. 120 pokok karas telah terlibat dalam pengukuran parameter kajian. Analisis ANOVA satu hala mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.