UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nur Faizah Ramli
Additional Authors :
  • Mohd Amirul Hussain
  • Mohd Yazid Mohd Yunos
  • Hishammuddin Hamdan
Title :Faktor persekitaran pembelajaran di luar kelas yang mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika di national clild development research centre (NCDRC) UPSI
Hits :65
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tadika merupakan institusi pendidikan awal yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pendidikan awal di tadika merupakan platform utama untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak bagi membolehkan mereka meneroka, memahami dan mengenali dunia dengan mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar. Faktor persekitaran pembelajaran luar kelas yang kondusif dari aspek fungsi, landskap serta sistem permainan yang interaktif turut menyumbang kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di persekitaran luar kelas kurang dilaksanakan oleh guru-guru tadika atas faktor keselamatan, kekurangan fasiliti serta reka bentuk persekitaran luar kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor persekitaran pembelajaran persekitaran luar kelas yang mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes telah dilaksanakan untuk meneroka elemen landskap persekitaran yang sesuai dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak di tadika NCDRC, UPSI, Tanjong Malim, Perak. Seramai 13 informan terdiri daripada wakil guru tadika NCDRC, pegawai seni bina landskap, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak dan kanak-kanak tadika NCDRC terlibat dalam kajian ini melalui perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dan temu bual mendalam secara individu. Data tambahan diperolehi daripada pemerhatian peserta, analisis dokumen, dan bahan audio-visual. Pendekatan analisis tematik digunakan dalam menganalisis data kajian. Kajian ini menyumbang secara signifikan kepada badan ilmu. Kajian ini juga meningkatkan pemahaman konsep dalam penggunaan landskap luar kelas serta penggunaan ciri-ciri landskap berfungsi sebagai teras mencipta persekitaran yang merangsang dan menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik. Hasil kajian membuktikan bahawa peranan landskap luar kelas sangat penting terhadap perkembangan kanak-kanak tadika. Pengaruh semangat tempat (sense of place)terhadap landskap persekitaran di luar kelas dapat memberi impak positf terhadap perkembangan fizikal, kognitif, emosi, dan sosial kanak-kanak. Melalui landskap luar kelas yang menyeluruh dan bersifat merangsang, kanak-kanak tadika dapat menimba pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman yang lebih baik khususnya kepada pihak tadika dan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang pentingnya reka bentuk landskap dalam membantu secara tidak langsung proses pendidikan dan pembelajaran di sekolah. Kata kunci: Reka Bentuk Landskap, Persekitaran Tadika, Psikomotor, PdPc, Malaysia

References

A. Almeida, V. Rato & Z.F. Dabaja. (2019). Activities in nature : how frequent is the contact of contemporary children with the natural world? . Proceedings of ICERI2019 Conference (pp. 2555-2562). Seville Spain: European Proceedings of Multidisciplinary Sciences.

Acar Habibe . (2014). Learning environments for children in outdoor spaces. Procedia-Social Behavioral Sciences (pp. 846-853). Trabzon, Turkey : Elsevier Ltd.

Cameron Makena & McGue Samantha. (2019). Behavioral effets of outdoor learning on primary students. St.Catherine University .

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy Ibrahim(2014). Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (3 ed.). Thousand Oaks: Sage publications.

Zaleha Damanhuri. (2017). Perkembangan main dalam kalangan kanak-kanak awal. Jurnal Sains Sosial., 2:144-155.

Hussain, M. A., Yunos, M. Y., Yussof, Y. M., & Hamdan, H. (2021). Interpreting the Link Between the Malay Cultural Landscape and Malay Poetry. Jurnal Peradaban Melayu, 16(1), 53-61. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/5231

Storli, R.,& Sandseter,.E.B.H. (2019). Children's play, well-being and involvement: how children play indoors and outdoor in Norwegian early childhood education and care institutions. International Journal of Play, 8(1): 65-78.

Sauro, J. (2015). 5 types of qualitative methods. Retrieved from https://measuringu.com/qual-methods/

Khairul Firdaus Ne matullah, Lim Seong Pek, Rita Wong Mee Mee, Saturia Amiruddin, Md Rosli Ismail & Nabilah Abd Talib. (2022). Children outdoor play towards educational sustainability: a scoping review. International Conference on Sustainable Practices, Development and Urbanisation (ICONSPADU 2021) (pp. 574-588). European Publisher .

Maynard Trisha, Water Jane & Clement Jennifer . (2013). Child-initiated learning, the outdoor enviroment and the ' underachieving' child . An International Research Journal , 33 (3): 212-225.

Noorasikin Ismail, Zainal Abidin Zainuddin & Halijah Ibrahim (2018). Komitmen terhadap keselamatan aktiviti luar dan berisiko dalam pendidikan. Sains Humanika., 10(3-2) :1-15.

Norfaezah Mohd Hamidin , Siti Nurhajariah Md Isa, Awatif Abdul Rahman & Idi Hamdi (2018) Awal Kanak-Kanak (PAKK) Di Malaysia: Kajian Literatur. From Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Nur Azrenna Ahmad Jumry & Denise Koh Choon Lian. (2023). Mengukur perkembangan kemahiran motor kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Sains Sosial , 6(8): 91-101.

Rymanowicz Kylie, Hetherington Chelsea & Larm Brooke. (2020). Planting the seeds for nature - based learning: Impacts of a farm and nature-based early childhood education Program. The International Journal of Early Childhood Enviromental Education , 8(1): -63.

Siti Zaenab. (2019). Outbound learning in the development of emotional social aspect of another age in PAUD Dompu Regency. International Conference on Education and Technology (ICET 2018) (pp. 166-170). Atlantis Press.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermian dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu., 1(2): 1-15.

Suppiah Nachiappan, Rachel Mildred Edward Munovah, Norazilawati Abdullah & Sandra Suffian (2017.). Perkembangan kognisi dalam kanak-kanak prasekolah melalui teknik bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan., 6(1):34-44 .

Suteja, S., & Setiawan , D. . (2022). Students' critical thinking and writing skills in project-based learning. . International Journal Education Qualitative Quantitative Research. , 1(1):16-22.

Tobi, S. U. (2016). Qualitative research, interview analysis and nvivo11 exploration. Kuala Lumpur: Aras Publisher.

Wahyu Widada, Dewi Herawaty, Abdurrobbil Falaq Dwi Anggoro, Azes Yudha & Misi Kurnis Hayati (2019). Ethnomathmatics and outdoor learning to improve problem solving ability. Advances in Social Sciences, Education and Humanities Research , (295):13-16.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.