UPSI Digital Repository (UDRep)

Interaksi etnik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah

AVAILABLE Thesis 287 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Interaksi etnik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah
Type
Thesis
Main Author
Adek Yong Rosmah Hj Dahalan
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat interaksi antara etnik pelajar di sebuah sekolah menengah di Buntong. Kajian memberi fokus kepada kefahaman pelajar terhadap interaksi etnik dalam pergaulan seharian mereka di Sekolah. Secara khusus terdapat tiga objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti interaksi antara etnik dari sudut pelajar, mengenal pasti bentuk pergaulan pelajar dan mengenal pasti faktor sekolah yang mempengaruhi interaksi antara etnik. Data kajian diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian yang dijalankan ke atas dua belas responden. Temu bual berfokus terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu keselesaan dalam menjalin hubungan, kesediaan berinteraksi dengan etnik berbeza dan faktor yang mempengaruhi interaksi . Pemerhatian dilakukan dalam tempoh empat bulan dengan tumpuan diberikan kepada bilik darjah, pusat sumber, tapak perhimpunan, kantin dan aktiviti  di sekolah selepas waktu prosedur kajian kualitatif. Kajian mendapati bahawa berlaku pergaulan dan interaksi antara etnik di mana responden menunjukkan tanda-tanda positif terhadap etnik lain. Begitu juga dapat dikesan bentuk-bentuk pergaulan yang berteraskan tujuan, kerjasama, komunikasi dan konflik. Seterusnya didapati bahawa aspek akademik di sekolah menjadi penyumbang utama berlakunya interaksi antara etnik. Namun begitu dikesan bahawa faktor bahasa yang menjadi pemangkin kepada berlakunya interaksi antara etnik perlu dipertingkatkan. Adalah disarankan supaya pihak-pihak terlibat secara berterusan memberi perhatian kepada usaha menggalakkan interaksi antara etnik di sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.