UPSI Digital Repository (UDRep)

Sikap terhadap pelajaran dalam kalangan murid berstatus sosioekonomi rendah di sebuah sekolah pedalaman

AVAILABLE Thesis 334 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Sikap terhadap pelajaran dalam kalangan murid berstatus sosioekonomi rendah di sebuah sekolah pedalaman
Type
Thesis
Main Author
Izani Mahayudin Abd Aziz
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Status sosioekonomi atau SSE merujuk kepada pengelasan manusia berdasarkan kedudukan ekonomi mereka, taraf pendidikan mereka dan ciri-ciri pekerjaan mereka. Kanak-kanak miskin sentiasa menghadapi masalah di rumah dan di sekolah. Masalah tersebut mengganggu pembelajaran mereka. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji sikap terhadap pelajaran dalam kalangan murid-murid SSE rendah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji tingkah laku murid-murid SSE rendah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, serta jangkaan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa terhadap pembelajaran murid-murid SSE rendah. Peserta terdiri daripada sepuluh orang murid SSE rendah, empat orang penjaga, dan empat orang guru daripada Kampung Aur Gading, Kuala Lipis. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan bebola salji. Reka bentuk kajian ialah kajian kes kualitatif. Data-data dikumpulkan menerusi tiga kaedah pengumpulan data kualitatif tradisional. Tiga kaedah tersebut ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Dapatan menunjukkan masyarakat pedalaman hidup dalam keadaan miskin. Murid-murid SSE rendah menunjukkan masalah sikap terhadap pelajaran. Murid-murid SSE rendah menunjukkan masalah sikap terhadap pelajaran sekiranya murid-murid SSE rendah tiada semangat patriotik, tiada sumber kewangan daripada keluarga, memiliki ibu bapa yang sibuk, dan tidak mendapat perhatian ibu bapa. Apabila ibu bapa mengabaikan pendidikan anak-anak, anak-anak tidak dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kesannya sikap terhadap pelajaran menjadi bertambah teruk.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.