Kemahiran melukis dalam pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah : satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Ahamad Tarmizi Azizan
Subject
NC Drawing Design Illustration
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2006
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Saban tahun, pencapaian pelajar sekolah menengah bagi kertas 2611/2 (menggambar) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan senario yang membimbangkan. Hal ini berlaku kerana pelajar kurang menguasai kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, satu kajian kes kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah dilaksanakan terhadap sebilangan pelajar di sebuah sekolah menengah dalam daerah Hulu Selangor. Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti punca kelemahan penguasaan kemahiran melukis tersebut dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaikinya. Tiga objektif yang diharapkan menerusi kajian ini adalah untuk melihat kesediaan dan minat belajar pelajar, melihat penguasaan kemahiran melukis pelajar, dan melihat kepentingan kemahiran melukis tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, di mana data-data dikumpulkan menerusi lapan instrumen dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan kajian dokumen yang diperoleh dari sampel dan di tapak kajian. Berdasarkan penyelidikan model interaktif, data-data kajian telah dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif menerusi kaedah pemikiran induktif. Hasil dapatan menunjukkan tahap kemahiran melukis sampel adalah rendah dan membimbangkan. Perkara ini telah dibuktikan menerusi hasil analisis karya secara deskriptif dalam pra-ujian 1 dan ujian 2, di mana hanya 50 peratus sampel menggunakan kemahiran melukis yang boleh diterima.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.