UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengamalan Sastera Arab Islami, khususnya puisi pada era kegemilangannya, iaitu era Umayyah. Pengkaji menjadikan gagasan metode dan teori Abu al-Hasan al-Nadwi sebagai analogi bagi asas pengamalan dan pematuhan (ta‘amul dan taklif) kesusasteraan Islami pada era tersebut. Permasalahan kajian tertumpu kepada pengamalan (ta‘amul) yang berlaku pada era itu, merangkumi kandungan kesusasteraan (puisi) yang bercorak objektif dan pemikiran seperti tema, tujuan atau tajuk puisi serta kandungan gambaran kesenian yang menambahkan nilai keindahan hasil sastera seperti penggunaan perkataan dan gaya ungkapan. Dalam menentukan analogi bersesuaian, pengkaji mengunakan Gagasan al-Nadwi bagi melihat kebertanggungjawaban (taklif) merealisasikan kesusasteraan Islami yang bersifat sarwajagat. Untuk mencapai ke arah itu, pengkaji mendapatkan data-data yang diperlukan dengan menggunakan penyelidikan perpustakaan dan digunakan dalam setiap bab. Dapatan kajian menunjukkan gagasan yang dibentuk Abu al-Hasan al-Nadwi sesuai dan realistik bagi pengamalan kesusasteraan Islami. Walaupun tidak semua genre puisi era Umayyah diklasifikasikan sebagai Puisi Islami, tetapi ia memperlihatkan kepada kita semua betapa luas rangkuman kesenian Islami dan betapa banyaknya genre puisi Islami yang terdiri daripada pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Dapatan kajian juga menunjukkan masyarakat Islam era moden memerlukan keseragaman ciri serta sifat atau kriteria Kesusasteraan Islami dalam menyelaraskannya, bersesuaian dengan nilai dan ajaran Islam. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |