UPSI Digital Repository (UDRep)

Penerapan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun

AVAILABLE Thesis 307 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penerapan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun
Type
Thesis
Main Author
Juni Dikul
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2020
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dengan menggunakan cerita rakyat di salah sebuah sekolah menengah luar bandar di Negeri Sabah. Dalam kajian ini, objektif utama adalah meliputi 3 aspek yang paling penting iaitu mengenalpasti minat murid, menganalisis kesediaan murid dan seterusnya menghuraikan faktor penerimaan murid terhadap penerapan didik hibur dengan menggunakan cerita rakyat dalam pengajaran Bahasa Kadazandusun. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif dari segi min dan sisihan piawai dengan menggunakan Stastical Package For Science Social Version 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi minat murid, kesediaan murid, serta penerimaan murid terhadap penerapan didik hibur berasaskan tangon (cerita rakyat) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun adalah berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi iaitu min 4.12, 4.07 dan 4.30. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan didik hibur menyumbang kepada peningkatan dari segi minat, kesediaan dan penerimaan murid terhadap matapelajaran Bahasa Kadazandusun. Penerapan didik hibur terbukti mampu menarik minat murid untuk mempelajari matapelajaran Bahasa Kadazandusun. Ini merupakan salah satu cara untuk mendorong masyarakat agar terus mempelajari bahasa ibunda iaitu melalui pendokumentasian cerita-cerita lisan agar mereka lebih bermotivasi untuk mempelajari Bahasa Kadazandusun. Seterusnya, penggunaan tangon (Cerita rakyat) sebagai bahan bantu mengajar menyumbang kepada penambahan Bahan Bantu Mengajar (BBM) di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun. Implikasi daripada kajian ini, ia dapat dijadikan sebagai satu perintis serta landasan kepada kajian yang lebih luas dan mendalam bagi bidang yang sama di dalam program serta kursus yang lain.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.