UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QP Physiology
Main Author :Aminatul Khatijah Mohd Razali@Busu
Title :Pembinaan dan penggunaan Modul Nutrisi Tingkatan Empat berkonsepkan Pemakanan Lestari
Hits :26
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2013
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Nutrisi berkonsepkan Pemakanan Lestari (Modul Nutrisi) yang terdiri daripada manual guru dan manual pelajar untuk Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Biologi. Modul Nutrisi dibina menggunakan topik Nutrisi yang melibatkan 60 orang pelajar sebagai sampel berdasarkan tiga komponen pembangunan lestari iaitu komponen persekitaran, komponen sosial dan komponen ekonomi yang menggabungkan elemen Pemakanan Lestari iaitu elemen kesedaran pemakanan, amalan pemilihan makanan dan kesihatan. Instrumen kajian ini telah melalui prosedur pengesahan kandungan, justifikasi penentu ujian, kajian rintis dan kebolehpercayaan Cronbach alpha. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Nutrisi berbanding pengajaran dan pembelajaran konvensional, tahap kesedaran pelajar, persepsi dan penerimaan guru serta hubungan antara pencapaian keseluruhan pelajar dengan tahap kesedaran pelajar terhadap konsep Pemakanan Lestari. Instrumen kajian terdiri daripada Modul Nutrisi, ujian pencapaian pra dan pasca serta borang kaji selidik. Ujian MANCOVA menunjukkan pencapaian keseluruhan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Modul Nutrisi adalah lebih tinggi secara signifikan (p=0.00) berbanding pencapaian keseluruhan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran konvensional. Ujian ANCOVA menunjukkan perbezaan pencapaian keseluruhan ini adalah disumbangkan oleh empat aras sahaja iaitu aras kefahaman (p=0.00), aplikasi (p=0.00), analisis (p=0.00) dan sintesis (p=0.00). Kesedaran pelajar terhadap Modul Nutrisi berkonsepkan Pemakanan Lestari ini berada pada tahap yang baik dengan nilai purata min yang tinggi (4.61). Seramai lapan orang guru telah memberikan respons bagi persepsi dan penerimaan mereka terhadap Modul Nutrisi berkonsepkan Pemakanan Lestari dan berada pada tahap yang baik dengan purata nilai min yang tinggi untuk aspek kandungan modul (4.35), aspek reka bentuk modul (4.40) dan aspek penggunaan modul (4.32). Keputusan korelasi koefisien Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan secara signifikan antara skor pencapaian keseluruhan pelajar dengan tahap kesedaran pelajar terhadap konsep Pemakanan Lestari dengan nilai r=-0.26 (p=0.893). Guru memberikan respons penerimaan yang positif terhadap Modul Nutrisi yang dibina. Melalui kajian ini, pelajar dapat meningkatkan pencapaian dengan baik di dalam topik Nutrisi serta kesedaran pelajar terhadap pendidikan untuk pembangunan lestari dapat diwujudkan. Pendekatan Modul Nutrisi dapat dijadikan sebagai suatu alternatif bagi membantu pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam Biologi yang berpusatkan kepada pelajar dan berpusatkan kepada bahan pengajaran serta guru hanya sebagai pembimbing.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.