UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Penulisan tesis ini bertujuan mengkaji faktor keluasan tanaman, teknologi dan buruh yang mempengaruhi minyak kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini, menggunakan data sekunder iaitu selama 33 tahun dari 1975 hingga 2007. Di samping itu, kajian ini menggunakan ujian Vektor Auto Regrasi yang piawai terdiri daripada ujian diskritif, ujian punca unit, dan ujian kointegerasi. Hasil analisis menunujukkan keluasan tanaman kelapa sawit dan teknologi di kilang minyak kelapa sawit perhubungan signifikan dan hubungan positif manakala buruh di kilang minyak kelapa sawit perhubungan negatif tetapi mencapai signifikan. Ujian diskriptif nilai min penggunaan teknologi dalam industri minyak kelapa sawit lebih tinggi manakala buruh di kilang minyak kelapa sawit nilai min paling rendah. Sisihan piawai pula pemboleh ubah teknologi dalam minyak kelapa sawit paling tinggi tetapi buruh di kilang minyak kelapa sawit mencatatkan Nilai kepencongan semua pemboleh ubah negatif kecuali buruh di kilang minyak kelapa sawit. Di samping itu, tidak terdapat hubungan jangka panjang dan hubungan trend yang positif antara keluasan tanaman kelapa sawit (LAK) dan penggunaan buruh di kilang minyak kelapa sawit (LLK) dengan pengeluaran minyak kelapa sawit (LSK). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |