UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Main Author :Haneem Said
Title :Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
Hits :39
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2021
Notes :tajaan UPSI with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pencabulan seksual terhadap kanak-kanak merupakan jenayah berat yang kian berleluasa di Malaysia. Isu yang semakin tular di media sosial dan mencetuskan kegusaran banyak pihak ini mampu ditangani sekiranya kanak-kanak diperkasa dengan pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual. Justeru, menerusi kajian ini, sebuah modul keselamatan seksualiti berasaskan Drama Kreatif yang dinamakan sebagai Modul PEERS-DK telah dibina khusus untuk kanak-kanak prasekolah berusia lima dan enam tahun. Pengumpulan data dilaksanakan menerusi beberapa kaedah mengikut tiga fasa kajian yang berbeza. 72 kanak-kanak prasekolah yang dilibatkan dalam kajian ini dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di mana kumpulan eksperimen telah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reprodukif dan Sosial (PEERS) menerusi Modul PEERS-DK manakala kumpulan kawalan tidak menerima rawatan terbabit. Ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan ditadbir untuk ke dua-dua kumpulan. Hasil kajian fasa pertama menerusi temu bual terhadap 17 guru prasekolah mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS iaitu topik mencabar, guru malu, guru bimbang, kanak-kanak malu dan tingkah laku disruptif kanak-kanak. Selain itu, dapatan kajian juga mendedahkan bahawa kaedah pengajaran yang menarik, menyeronokkan dan aktiviti yang disukai kanak-kanak prasekolah merupakan faktor-faktor penting yang perlu dititikberatkan bagi merangsang fokus dan mengekalkan daya tumpu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS. Di samping itu, dapatan kajian turut mencungkil cadangan-cadangan daripada para guru di mana mereka menyarankan penggunaan dramatisasi cerita, pantomim, boneka dan lakonan cerita sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran PEERS yang efektif untuk kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian fasa ke dua yang diperoleh berdasarkan penilaian pakar mendedahkan bahawa semua aktiviti mencecah lebih 70% aras kesahan kandungan. Sementara itu, nilai _ keempat-empat sesi dengan 16 aktiviti berada antara julat 0.64 hingga 0.92. Analisis U Mann-Whitney yang ditadbir pada fasa ke tiga kajian membuktikan bahawa min skor ujian pasca bagi pencapaian pengetahuan pencabulan seksual kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi secara signifikan dan statistik berbanding kumpulan kawalan dengan nilai U= 20.50, ____< 0.05 selain hipotesis ke dua, ke tiga, ke tujuh dan ke sembilan ditolak. Bukan itu sahaja, malah hasil analisis menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah berupaya menguasai kemahiran preventif pencabulan seksual seperti menjerit meminta pertolongan, melarikan diri, memberitahu orang yang dipercayai mengenai situasi berisiko dan menolak kehendak pemangsa secara verbal dengan berkata, _Jangan_, _Tak nak_ atau _Tak boleh_. Penemuan tersebut disahkan menerusi triangulasi daripada maklum balas ibu-ibu, kanak-kanak prasekolah dan guru. Kesimpulannya, jelaslah bahawa Modul PEERS-DK sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS kerana pengaplikasiannya mampu meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual kanak-kanak prasekolah dengan baik. Kata Kunci: Drama Kreatif, kanak-kanak prasekolah, Modul PEERS-DK, pencabulan seksual, Pendidikan Kesihatan Reprodukif dan Sosial
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.