UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Di Malaysia, bidang pendidikan merupakan nadi dalam masyarakat dan negara bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan yang terbaik. Oleh itu, sebagai satu usahaa untuk mencapai persaingan global dalam dunia pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada Gelombang ke lima (2015 - 2025) iaitu setiap sekolah perlu menempatkan pemimpin yang berprestasi tinggi (PPPM 2015-2025). Kajian ini adalah bertujuan mereka bentuk serta pembangunan model kepimpinan silang budaya berasaskan konteks tempatan bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah di Malaysia. Selain itu, model ini dicadangkan kepada para pemimpin sekolah untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam pentadbiran yang meliputi pelbagai bangsa dan budaya khususnya dalam organisasi di sekolah. Justeru itu, model ini harus menggambarkan komponen serta elemen yang bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah. Keterbatasan komponen kepimpinan silang budaya yang sesuai dengan situasi tempatan merupakan isu yang perlu ditangani dengan segera. Justeru, setelah melihat tranformasi pendidikan yang bersifat dinamik pada masa kini, maka penambahbaikan mengikut keperluan semasa untuk masa akan datang sangat diperlukan. Oleh yang demikian, untuk kajian ini pengkaji mengaplikasikan Teknik Fuzzy Delphi yang bertujuan mendapatkan konsesus pakar untuk mengenal pasti kedudukan elemen dalam setiap dimensi kepimpinan silang budaya pemimpin sekolah dalam konteks tempatan. Dalam kajian ini seramai 23 orang pakar terlibat dalam fasa rekabentuk dan pembangunan. Justeru, dalam kajian ini, instrumen soal selidik telah digunakan bagi tujuan tersebut. Data dianalisis secara kuantitatif. Penemuan daripada kajian ini berjaya menghasilkan Model m2cL yang boleh dijadikan panduan kepada para pemimpin sekolah terutama sekolah yang terdiri daripada warga sekolah yang mempunyai pelbagai budaya serta latar belakang.
Kata kunci: kepimpinan silang budaya, transformasi pendidikan, teknik Fuzzy Delphi |
References |
Abbe, A., Gulick, L. M. V, & Herman, J. L. (2008). Cross-Cultural Competence in Army Leaders: A Conceptual and Empirical Foundation. Intercultural Communication, October 2007, 54. http://stinet.dtic.mil/oai/oai?&verb=getRecord&metadataPrefix=html&identifier=ADA476072 Adler, M., & Ziglio, E. (1996). Gazing into the oracle: The Delphi method and its application to social policy and public health. Jessica Kingsley Publishers. Ahmad Basri, N. A. Z. (2018). Construction of fuzzy control charts by using triangular and gaussian fuzzy numbers for solder paste thickness (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Aziah Samichan, Jamal@Nordin, Y., Marinah Awang, & Sukor Beram. (2021). Perbandingan model kepimpinan instruksional:Persepsi barat dan Malaysia. Management Research Journal, 10, 94–105. Beram, S., Awang, M., & Ismail, R. (2020). Pembangunan model kompetensi pemimpin pertengahan: Satu kajian reka bentuk dan pembangunan. 2, 2020. Conger, J. A., & Kanungo, R. N. (1987). Toward a Behavioral Theory of Charismatic Leadership in Organizational Settings. Academy of Management Review, 12(4), 637–647. https://doi.org/10.5465/amr.1987.4306715 Chang, P. T., Huang, L. C., & Lin, H. J. (2000). The fuzzy Delphi method via fuzzy statistics and membership function fitting and an application to the human resources. Fuzzy Sets and Systems, 112 (3), 511-520 Chu, H. C., & Hwang, G. J. (2008). A Delphi-based approach to developing expert systems with the cooperation of multiple experts. Expert Systems with Applications, 34(4), 2826–2840. https://doi.org/10.1016/j.eswa.2007.05.034 Deng, L., & Gibson, P. (2009). Mapping and modeling the capacities that underlie effective cross- cultural leadership An interpretive study with practical outcomes. Cross Cultural Management, 16(4), 347–366. https://doi.org/10.1108/13527600911000339 Dickson, M., Hartog, D. D., & Mitchelson, J. (2017). Cross cultural leadership studies. In Chapter 1. Din, H. A. M., Abd Aziz, S., Ismail, M. M., Anas, N., Niteh, M. Y., Ibrahim, M. R., & Shahabudin, M. F. R. (2022). Analisis Keperluan Model Patriotisme Patuh Syariah Berdasarkan Kaedah Systematic Literature Review. Integrating Values of Humanities and Social Sciences for Sustainable Future, 59. Eshak, Z., & Zain, A. (2020). Kaedah Fuzzy Delphi: Reka bentuk pembangunan modul seksualiti pekasa berasaskan latihan mempertahankan diri untuk prasekolah: Fuzzy Delphi Method: Design of self defense training module for preschool sex education. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 12-22. Harun, Z., A. Ghani, M. F., Mohd Radzi, N., & Ismail, Z. (2020). Leadership within Religious-Based School in Malaysia: A Meta-Analysis Study. JIEMAN: Journal of Islamic Educational Management, 3(1), 129–162. https://doi.org/10.35719/jieman.v3i1.67 Ismaila Akinbode, A., & Ali Al Shuhumi, S. R. (2018). the Principalship in the Twenty-First Century. PUPIL: International Journal of Teaching, Education and Learning, 2(2), 137–148. https://doi.org/10.20319/pijtel.2018.22.137148 KOMPAS 2.0. (n.d.). Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017. Lynn-Sze, J. C. (2016). Nilai Confucianisme Dalam Komunikasi Kepimpinan Silang Budaya Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lyu, W. (2021). Strengthening Cross-cultural Leadership and facilitating greater Cooperation between Chinese and Foreign Teachers. AU-HIU International Multidisciplinary Journal, 1, 1-14. Malaysia Education Blueprint, M. (2013). Malaysia education blueprint 2013 - 2025. Education, 27(1), 1–268. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007 Mohd, R., Siraj, S., & Hussin, Z. (2018). Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pengajaran pantun melayu berasaskan maksud Al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 8(2), 57–67. Rao-Nicholson, R., Carr, C., & Smith, S. (2020). Cross-cultural leadership adjustment: A strategic analysis of expatriate leadership at a British multinational enterprise. Thunderbird International Business Review, 62(6), 675–687. https://doi.org/10.1002/tie.22176 Richey, R., & Klein, J. (2007). Design and development research methods, strategies, and issues. Routledge Taylor & Francis Group. Saedah Siraj. (2008). Kurikulum masa depan. Universiti Malaya. Safiek Mokhlis, (2019). Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21: Satu Kajian Preliminari. Malaysian Online Journal of Education, 3(2), 11–21. Scaling Up the Impact of Development Programs Must Complement Other Approaches to Achieve the SDGs and Climate Goals (2022) Siraj, S., Abdullah, M.R.T.L. & Muhamad Rozkee, R. 2020. Pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan: Aplikasi Kepada Penyelidikan Pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Velarde, J., Adams, D., & Ghani, M. (2020). School leadership in multicultural secondary schools: Using cultural intelligence in leading culturally diverse learning organisations. International Online Journal of Educational Leadership, 4(2), 4–17. https://ejournal.um.edu.my/index.php/IOJEL/article/view/25886/12690 Wren, J. T. (1995). The Problem of Cultural Leadership: The Lessons of the Dead Leaders Society and A New Definition of Leadership. Journal of Leadership Studies, 2(4), 122–139. https://doi.org/10.1177/107179199500200410 Yusoff, S M., Ariffin, T F T., & Zalli, M M M. (2020, May 1). School Participation Empowerment Scale (SPES) Adaptation for Teachers in Malaysia. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080518 Yulk, G. (2002). Leadership in organizations (5th editio). Prentice Hall International, Inc. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |