UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Rahmanyasin Jaafar
Additional Authors :
  • Azhar Hj. Wahid
Title :Pengurusan kepimpinan keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan
Hits :55
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan masyarakat Melayu. Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dilihat sebagai suatu proses merancang, memimpin, mengorganisasi dan mengawal daya usaha anggota bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk; pertama, mengenal pasti dimensi pentadbiran dan dasar-dasar pentadbiran di dalam prinsip kepimpinan karya terpilih Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus; kedua, menganalisis pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan; dan ketiga, merumuskan konsep kepimpinan dalam pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan. Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan Prinsip Kepimpinan yang terkandung di dalam Pendekatan Pengurusan dengan bidang keusahawanan sebagai pelengkap kajian yang merupakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera. Pendekatan Pengurusan yang diasaskan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan ini mempunyai lima (5) prinsip iaitu Prinsip Perancangan, Prinsip Kepimpinan, Prinsip Pengorganisasian, Prinsip Penstafan dan Prinsip Pengawalan. Prinsip Kepimpinan ditonjolkan bersama Dimensi Pentadbiran yang di dalamnya terkandung Dasar-dasar Pentadbiran iaitu Dasar Pentadbiran Bijaksana, Dasar Pentadbiran Berjiwa Rakyat, Dasar Pentadbiran Berwawasan, Dasar Pentadbiran Yang Bersemangat Waja. Seterusnya Dasar-dasar Pentadbiran ini akan digabungkan bersama Gaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi, Goleman dengan mengaplikasikan Perspektif Kewaspadaan Keusahawanan, Israel Kirzner bagi mewujudkan transformasi pemimpin yang berkesan. Kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan berupaya dilaksanakan melalui kesahihan pembuktiannya hasil gabungan dan signifikan pengaplikasian Prinsip Kepimpinan Mohamad Mokhtar Abu keseluruhannya dengan gabungan Gaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi oleh Goleman. Kata Kunci: Pengurusan, Kepimpinan, Keusahawanan, Anwar Ridhwan

References

Anwar Ridhwan. (1979). Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. (1990). Arus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. (2001). Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bandura, A. (ed). (1995). Sełf-efficacy in Changing Societies. Cambridge: Cambridge University Press.

Abdul Aziz Yusof. (2013). Strategi Usahawan Cemerlang. Modul Garis Panduan Keusahawanan. Utusan Publications. Kuala Lumpur.

Beden, Sara & Jabatan, Beden & Melayu, Pengajian. (2022). Kepemimpin Melayu dalam Prosa Tradisional dari Perspektif Prinsip Kepimpinan Pendekatan Pengurusan. 41. 34-51 ISSN 2075.

Ghazali Din & Abu Hassan Abdul. (2016). Kepemimpinan Kesukarelaan dalam Organisasi Kesusasteraan. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, (7), 52

Harold Koontz, & Heinz Weihrich. (1997). Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2022). Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera. CIPTA Printing & Publishing Ipoh: Perak.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2022). Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 13(1)

Mohamad Zuber Ismail, Mohamad Mokhtar Abu Hassan, & Sara Beden. (2015). Keintelektualan pemikiran Melayu dalam Cerita Lipur Lara: Satu Penetian Awal Berdasarkan Perspektif Pendekatan Pengurusan. Journal of Business and Social Development, 3(1), 1-16

Muhamad, J. (1999). Asas Pengurusan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ramli Isin. (2003). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Abdul Kadir. (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan Orang-orang Melayu. Masfami Enterprise.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.