UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Projek penyelidikan ini dijalankan bagi menyorot kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai masalah perkataan dalam kumpulan tocang. Kajian berkaitan dua jenis kaedah penyelesaian diperlihatkan, iaitu kajian menggunakan bentuk normal dan juga kaedah tidak menggunakan bentuk normal atau lebih dikenali sebagai kaedah langsung. Kaedah pertama menumpukan kepada kajian yang menggunakan bentuk normal yang diperkenalkan oleh Garside dan juga satu kajian lain (Birman, Ko dan Lee) yang memperkenalkan bentuk normal yang baharu. Untuk kaedah kedua ini kajian yang diteliti adalah berdasarkan penggunaan kumpulan asasi untuk menyelesaikan masalah ini. Pembuktian untuk teorem utama bagi kajian Birman, Ko dan Lee diperjelaskan. Seterusnya, contoh kepada penggunaan alkhwarizmi berdasarkan kepada penggunaan kumpulan asasi diberikan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |