UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan pendekatan kaedah polya dalam pengajaran kemahiran penyelesaian masalah bagi tajuk persamaan linear

AVAILABLE Thesis 301 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Keberkesanan pendekatan kaedah polya dalam pengajaran kemahiran penyelesaian masalah bagi tajuk persamaan linear
Type
Thesis
Main Author
Manivannan Subramaniam
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Pendekatan Kaedah Polya dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik. Perbandingan dibuat dengan kaedah pengajaran biasa dalam mempertingkatkan lagi pencapaian penyelesaian masalah matematik berdasarkan pengajaran di bawah tajuk Persamaan Linear kepada pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen. Reka bentuk yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah eksperimen Kuasi (Quasi-Experimental) yang terdiri daripada 66 orang pelajar dari dua kelas Aliran Sains Tulen Tingkatan 4 yang dipilih secara rawak sebagai persampelan intact group dalam kajian ini. Pencapaian antara kedua-dua ujian pra dan ujian pasca dianalisis. Analisis kajian yang berteraskan kepada deskriptif, statistik perihalan dan inferen telah menunjukkan bahawa kaedah pengajaran melalui pendekatan Kaedah Polya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kumpulan Rawatan yang mempelajari melalui Pendekatan Kaedah Polya dapat menunjukkan peningkatan dalam keupayaan tingkah laku kognitif pelajar, terutamanya tahap kognitif Aplikasi dan Analisis. Ujian-t yang digunakan telah dapat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian antara pelajar yang menggunakan pendekatan Kaedah Polya dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran biasa.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.