UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan pendekatan Metakognisi dalam pengajaran karangan bahasa Melayu serta kaitannya dengan minat membaca dan sikap keluarga. Kaedah eksperimental dijalankan pada 40 orang murid bukan Melayu di sebuah sekolah di Sungai Siput (U), Perak. Dalam kajian ini, didapati tiada perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra bagi kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pos bagi kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Begitu juga antara min ujian pra dengan ujian pos dalam kumpulan eksperimen. Kaedah tinjauan melalui soal selidik pula dilakukan untuk mengkaji hubungan antara minat membaca dan sikap keluarga terhadap pencapaian murid. Hasil kajian ini mendapati minat membaca murid tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian tetapi sikap keluarga mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian murid. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |