UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kraf Batik_ Tradisional Tingkatan Empat sekolah menengah harian di Daerah Kuala Selangor._ Di samping kajian dapat juga melihat apakah tahap penguasaan dan pemahaman_ responden dalam seni kraf batik. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan tiga set_ instrument berupa borang soal selidik, Ujian Teori Kraf Batik, dan soalan temu bual pelajar._ Pendidikan yang berkesan datangnya dari disiplin yang kukuh yang ditimba dari budaya bangsa yang_ tinggi martabatnya. Keberkesanannya pula adalah tertakluk kepada penghayatan serta perlaksanaannya_ terhadap masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan_ pembelajaran kraf batik di dalam kelas. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kuala_ Selangor iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor, khususnya di kalangan pelajar__ pelajar Tingkatan Empat Budi. Soal selidik dan temu bual antara guru dan pelajar digunakan untuk_ mendapatkan jawapan yang tepat dan munasabah. Selain itu pelajar akan diuji dengan menjawab 20_ soalan pemahaman mengikut aras Teksonomi Bloom. Dapatan kajian ini dirumus agar dapat mencari_ jawapan yang tepat. Kajian keberkesanan kraf batik di sekolah dalam konteks pengajaran dan_ pembelajaran adalah gabungan penerapan nilai murni beserta pengajaran kemahiran, pemahaman dan_ penghargaan pelajar terhadap seni kraf. Ia dilihat untuk memastikan perkembangan pemikiran pelajar_ bersama-sama dengan pemupukan nilai-nilai menghargai keindahan dan kebaikan, ini selari dengan_ hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dapatan kajian ini juga mendapati pelbagai masalah yang_ timbul semasa pengendalian pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Antara masalah yang_ dihadapi adalah penyediaan bahan, dan kelengkapan peralatan_ untuk_ membatik serta_ keadaan_ kelas_ untuk aktiviti_ kraf batik_ kurang memuaskan. Berasaskan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan_ agar di kalangan guru seni diberi kursus tentang gaya pembelajaran yang sesuai serta kriteria_ melantik guru seni yang benar-benar pakar dan terlatih dalam bidang kraf batik. _ |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |