UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi topik _Pembahagian Sel_ untuk pelajar Biologi Tingkatan 4 dan mendapatkan kesahan yang baik serta mengkaji kebolehgunaan BBM yang dibangunkan ini. Nota Poket _Quick Response_ ini dibina berdasarkan model ADDIE. Pembangunan Nota Poket _Quick Response_ ini diadaptasi daripada kurikulum sekolah menengah dan kandungan buku teks. BBM ini boleh digunakan berulang kali serta latihan dan kuiznya dapat dijawab semula untuk mendapatkan pemahaman yang betul sekali gus menguasai topik Pembahagian Sel. Instrumen soal selidik diberikan kepada 30 pelajar bagi mengkaji dapatan ujian rintis melalui Alpha Cronbach serta 70 pelajar lain bagi dapatan ujian sebenar. Data bagi soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Bahan bantu mengajar Nota Poket _Quick Response_ telah berjaya dibangunkan untuk mengatasi masalah kefahaman, rasa bosan, miskonsepsi dan kaedah pengajaran yang tidak sesuai. Kesahan bagi produk ini juga didapati daripada dua orang pakar yang mempunyai ilmu yang cemerlang tentang topik ini memberikan nilai CVI 1.00 yang bermakna bahawa produk ini adalah relevan dan boleh digunakan oleh pelajar. Nota Poket _Quick Response_ ini sesuai digunakan dalam bilik darjah dan mana-mana tempat alternatif lain berdasarkan 70 pelajar yang menjawab soal selidik yang mendapat skor min sebanyak 3.76 dan sisihan piawai 0.269. Ini bermakna, Nota Poket _ Quick Response_ mencapai tahap kebolehgunaan yang sesuai dan baik untuk digunakan oleh pelajar. Konklusinya, Nota Poket _Quick Response_ ini memenuhi kriteria untuk mempunyai kesahan yang baik serta dapat mencapai kebolehgunaan produk dalam persekitaran kelas dan bagi pelajar. Implikasinya, Nota Poket _Quick Response_ memudahkan pelajar untuk belajar secara kendiri dan menguasai topik Pembahagian Sel dengan lebih baik. |
References |
Adriani, D., Lubis, P., & Triono, M. (2020, April). Teaching Material Development of Educational Research Methodology with ADDIE Models. In The 3rd International Conference Community Research and Service Engagements, IC2RSE 2019, 4th December 2019, North Sumatra, Indonesia.
Cimer,A. (2012). Whatmakesbiology learning difficultandeffective: Students' views. Educational research and reviews, 7(3), 61.
Daud, S. H. S., & bt Yusof, H. (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Penyeliaan Berkesan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(3), 50-61.
Fauzi, A., & Mitalistiani, M. (2018). High school Biology topics that perceived difficult by undergraduate students. Didaktika Biologi: Jurnal Penelitian Pendidikan Biologi, 2(2), 73-84
Firmansyah,D. (2022). Teknikpengambilansampel umumdalam metodologi penelitian:Literature review. Jurnal Ilmiah Pendidikan Holistik (JIPH), 1(2), 85-114.
Hamid,Z.,&Yusof,S. M. (2014). Pelaksanaan pengajarandan pembelajaran menggunakan Frog VLE Bagimatapelajaran BahasaMelayu disekolah rendah.In International Education Post Graduate Seminar (pp. 1-8).
Hua,A. K. (2016). Pengenalan rangkakerja metodologi dalamkajian penyelidikan: Satu kajian komprehensif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(4), 42-52.
Omar, A., Hamzah, S. A., & Kee, C. P. (2021). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN BATAS ETNIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA. e-BANGI Journal, 18(3).
Ranuharja, F., Ganefri, G., Fajri, B. R., Prasetya, F., & Samala, A. D. (2021). Development of interactive learning media edugame using ADDIE model. Jurnal Teknologi Informasi Dan Pendidikan, 14(1), 53-59.
Razali,F. B.,Talib, O. B.,&Othman,A. B. (2017). Aplikasikemahiran proses sainsdalampembelajaranberasaskan masalah untukmatapelajaran Biologi. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(3),38-46.
Sern, L. C. (2011). PENILAIAN KEBERKESANAN KIT PENGAJARAN TRANSISTORBAGI ALIRAN VOKASIONAL.
Supardan,H. D. (2016). Teori dan praktikpendekatan konstruktivismedalam pembelajaran. Edunomic Jurnal Pendidikan Ekonomi, 4(1).
Tessa Davey (1972) Problems and Developments in the Teaching of Biology in MalaysianSchools,Journalof BiologicalEducation, 6:2,93-97, DOI: 10.1080/00219266.1972.9653754
Wahyuni, M., & Ariyani, N. (2020). Teori belajar dan implikasinya dalam pembelajaran.EduPublisher.
WanMohamedSalleh,W. N.,Che Ahmad,C. N.,&Setyaningsih, E.(2021). DifficulttopicsinBiologyfromthe viewpointofstudentsand teachers based on KBSM implementation. EDUCATUM Journal of Science, Mathematicsand Technology, 8(1), 49-56.
Widya EkoNurazizah,&Diana Rochintaniawati. (2023). ANALISIS PERSEPSI GURUDAN SISWADALAMPEMBELAJARAN BIOLOGIPADA PENERAPANKURIKULUM MERDEKA. In International Multidisciplinary Research in Academic Science (IMRAS) (Vol. 6, Number06,pp.133–142). Zenodo.
Wilson,B. (1981). Thecultural contextsof science andmathematicseducation: Preparationofabibliographic guide.
Yakob,N., Kaliun,K.,Ahmad,A. M.,Rashid,R. A. A.,&Abdullah,A. (2020). TheEffect ofCoupledInquiry-5EinEnhancing theUnderstanding of MeiosisConcept. International Journal of Evaluation and Research in Education, 9(1),129-137.
Zahir, M., & Sattar, M. (2015). Transformasi pendidikan vokasional di Malaysia. Engineering technology, vocational education and social science 2015,76.
Zailani,N. A. N. B. M.,&Mustafa, Z. B. (2024). Pembangunan DanPersepsi KebolehgunaanE-Komik ‘MrHomeo’Sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) BagiSubtopikHomeostasisMataPelajaranBiologiTingkatan 4. In E-PROCEEDING SEMINAR PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR JABATAN BIOLOGI (p.23).
Zulkipli,N. Z.M.,Mohamad, W. M. R. W.,&Surat,S. (2019). Pengaplikasian gaya pembelajaranVAK bagipembelajaran budaya Melayu dalam kalangan pelajar diTUFS, Jepun. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1),112-142.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |