UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Roshan Bee Nagoor
Title :Dasar bahasa dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Setelah negara mencapai kemerdekaan 1957, maka salah satu perubahan yang berlaku di dalam dasar  pelajaran di negara ini, yang paling menonjol sekali ialah perubahan dasar bahasa pengantar di  dalam sistem persekolahan. Semua sekolah rendah yang dahulunya menggunakan bahasa lnggeris sebagai  bahasa pengantar dengan beransur­ ansur telah beralih menggunakan bahasa Melayu pula sebagai bahasa  pengantar di sekolah-sekolah tersebut. Begitu juga halnya di sekolah-sekolah menengah secara  beransur-ansur juga telah menggunakan satu bahasa pengantar yang tunggal iaitu bahasa Melayu.  Tumpuan kertas projek ini bagi mengesan peranan dasar bahasa dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman  Talib. Jangkamasa yang terlibat dalam kertas projek ini ialah daripada tahun 1946 - 1970. Tahun  1956 adalah merupakan titik tolak pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 yang lebih terkenal  dengan nama Laporan Razak 1956. Sejak tahun itu, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dalam  pelaksanaan syor-syor yang telah diperakukan oleh laporan tersebut. Salah satu perubahw yang  dilaksanakan ialah peralihan penggunaan bahasa pengantar secara beransur-ansur  daripada  bahasa   lnggeris  kepada  bahasa  Melayu  dalam  sistem pendidikan  negara kita. Bagi mencapai  tujuan ini  enam bab telah disusun  bagi memaparkan semua aspek yang berkaitan dengan peralihan dasar bahasa  pengantar itu khususnya di dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Bab yang pertama  menjelaskan semua aspek yang menjadi latar belakang kajian kertas projek ini. Di dalam bab dua,  tumpuan diberikan kepada empat jenis pelajaran iaitu pelajaran dalam bahasa  pengantar  bahasa   Melayu,Cina,Tamil dan Inggeris.Bab ini juga  akan membincangkan penubuhan empat jawatankuasa  bagi mengkaji sistem pendidikan di negara ini. Laporan-laporan yang dikemukakan oleh setiap  jawatankuasa tersebut ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu  (1951), dan Ordinan Pelajaran 1952. Bab tiga pula menjelaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai   Bahasa  Kebangsaan  dan  bahasa  pengantar.Bab  ini  membincangkan kedudukan  bahasa  Melayu   dalam  Perlembagaan  Persekutuandan Penyata  Razak (1956). Akta Bahasa Kebangsaan yang digubal  pada 1963 yang telah disemak semula pada  tahun  1967  juga  diterangkan dalam  bab  ini.   Pengkaji  juga  menjelaskan kedudukan bahasa Melayu dalam Pendidikan di Malaysia. Bab ini juga  menerangkan rancangan-rancangan Kementerian Pelajaran Dalam bab 4, pengkaji memaparkan biodata  pelaksana Penyata Razak iaitu Tun Abdul Razak bin Husain dan senarai ahli­ ahli jawatankuasa yang  terlibat. Dalam bab ini juga dibincangkan semua cadangan dan  pelaksanaan  cadangan-cadangan   tersebut  dalam  Penyata  Razak.  Kejayaan­ kejayaan yang dicapai dan kesan pelaksanaan Penyata ini  juga dibincangkan. Bab ini diakhiri dengan senarai isu-isu bahasa yang timbul semasa pelaksanaan  Penyata Razak. Bab 5 menghuraikan latar belakang Encik Abdul Rahman bin Talib dan senarai ahli-ahli  jawatankuasa yang terlibat. Tugas jawatankuasa juga dibincangkan . Pengkaji juga menerangkan  kedudukan bahasa Melayu dalam Penyata Rahman Talib dan kejayaan-kejayaan yang dicapai ketika  pelaksanaan ini dibuat. Bab ini diakhiri dengan isu-isu bahasa yang timbul ketika itu. Bab 6 adalah  bab terakhir dalam kertas projek ini. Bab ini merumuskan pelaksanaan Penyata Razak dan Penyata  Rahman Talib. Bab ini juga merumuskan isu-isu bahasa yang timbul ketika itu. Bab ini diakhiri  dengan senarai persoalan-persoalan yang belum selesai selepas pelaksanaan kedua-dua penyata tersebut.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.