UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Setelah negara mencapai kemerdekaan 1957, maka salah satu perubahan yang berlaku di dalam dasar
pelajaran di negara ini, yang paling menonjol sekali ialah perubahan dasar bahasa pengantar di
dalam sistem persekolahan. Semua sekolah rendah yang dahulunya menggunakan bahasa lnggeris sebagai
bahasa pengantar dengan beransur ansur telah beralih menggunakan bahasa Melayu pula sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah tersebut. Begitu juga halnya di sekolah-sekolah menengah secara
beransur-ansur juga telah menggunakan satu bahasa pengantar yang tunggal iaitu bahasa Melayu.
Tumpuan kertas projek ini bagi mengesan peranan dasar bahasa dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman
Talib. Jangkamasa yang terlibat dalam kertas projek ini ialah daripada tahun 1946 - 1970. Tahun
1956 adalah merupakan titik tolak pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 yang lebih terkenal
dengan nama Laporan Razak 1956. Sejak tahun itu, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dalam
pelaksanaan syor-syor yang telah diperakukan oleh laporan tersebut. Salah satu perubahw yang
dilaksanakan ialah peralihan penggunaan bahasa pengantar secara beransur-ansur daripada bahasa
lnggeris kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita. Bagi mencapai tujuan ini
enam bab telah disusun bagi memaparkan semua aspek yang berkaitan dengan peralihan dasar bahasa
pengantar itu khususnya di dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Bab yang pertama
menjelaskan semua aspek yang menjadi latar belakang kajian kertas projek ini. Di dalam bab dua,
tumpuan diberikan kepada empat jenis pelajaran iaitu pelajaran dalam bahasa pengantar bahasa
Melayu,Cina,Tamil dan Inggeris.Bab ini juga akan membincangkan penubuhan empat jawatankuasa
bagi mengkaji sistem pendidikan di negara ini. Laporan-laporan yang dikemukakan oleh setiap
jawatankuasa tersebut ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu
(1951), dan Ordinan Pelajaran 1952. Bab tiga pula menjelaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar.Bab ini membincangkan kedudukan bahasa Melayu
dalam Perlembagaan Persekutuandan Penyata Razak (1956). Akta Bahasa Kebangsaan yang digubal
pada 1963 yang telah disemak semula pada tahun 1967 juga diterangkan dalam bab ini.
Pengkaji juga menjelaskan kedudukan bahasa Melayu dalam Pendidikan di Malaysia. Bab ini juga
menerangkan rancangan-rancangan Kementerian Pelajaran Dalam bab 4, pengkaji memaparkan biodata
pelaksana Penyata Razak iaitu Tun Abdul Razak bin Husain dan senarai ahli ahli jawatankuasa yang
terlibat. Dalam bab ini juga dibincangkan semua cadangan dan pelaksanaan cadangan-cadangan
tersebut dalam Penyata Razak. Kejayaan kejayaan yang dicapai dan kesan pelaksanaan Penyata ini
juga dibincangkan. Bab ini diakhiri dengan senarai isu-isu bahasa yang timbul semasa pelaksanaan
Penyata Razak. Bab 5 menghuraikan latar belakang Encik Abdul Rahman bin Talib dan senarai ahli-ahli
jawatankuasa yang terlibat. Tugas jawatankuasa juga dibincangkan . Pengkaji juga menerangkan
kedudukan bahasa Melayu dalam Penyata Rahman Talib dan kejayaan-kejayaan yang dicapai ketika
pelaksanaan ini dibuat. Bab ini diakhiri dengan isu-isu bahasa yang timbul ketika itu. Bab 6 adalah
bab terakhir dalam kertas projek ini. Bab ini merumuskan pelaksanaan Penyata Razak dan Penyata
Rahman Talib. Bab ini juga merumuskan isu-isu bahasa yang timbul ketika itu. Bab ini diakhiri
dengan senarai persoalan-persoalan yang belum selesai selepas pelaksanaan
kedua-dua penyata tersebut.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |