UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penerapan pembelajaran abad ke-21 dalam mata pelajaran Biologi tingkatan 4 di daerah Rawang mengikut jantina dan pencapaian. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dengan analisis tinjauan deskriptif dan inferensi digunakan sebagai reka bentuk kajian. Seramai 60 pelajar Biologi tingkatan 4 dalam daerah Rawang digunakan sebagai sampel kajian. Dapatan menunjukkan persepsi pelajar terhadap penerapan pembelajaran abad ke-21 adalah tidak pasti dengan min 2.75. Analisis ujian pula membuktikan tiada perbezaan persepsi pelajar terhadap pengamalan pembelajaran abad ke-21 dalam mata pelajaran Biologi berdasarkan jantina. Ujian Mannwhitney U bagi perbandingan pelajar perempuan ialah p = 0.77. Tahap signifikan menunjukkan lebih besar daripada 0.05 ( p = 0.77 > 0.05). Juga tiada perbezaan persepsi pelajar terhadap penerapan pembelajaran abad ke-21 mengikut pencapaian. Analisis Kruskal Wallis H dengan nilai p=0.61. Hasil kajian ini dapat memberi impak yang bermanfaat mengenai sikap murid dalam pengamalan pembelajaran abad ke-21 dalam mata pelajaran Biologi di dalam bilik darjah di daerah Rawang. Implikasi kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat dalam perkembangan dan menerapkan pembelajaran abad ke-21. |
References |
Fazilah Razali, Othman Talib dan Azraai Othman.(2016). Aplikasi Kemahiran Proses Sains dalam pembelajaran berasaskan masalah untuk mata pelajaran Biologi. Jurnal Kurikulum dan pengajaran Asia Pasifik. Bil 4, Isu 3. Jailan Sahil,Said Hasan, Ade Haerullah dan Ningsih Saibi.Penerapan Pembelajaran Abad 21 Pada Mata Pelajaran Biologi di SMA Negeri Kota Ternate. BIOSFER, J.Bio. & Pend.Bio. Vol 7, No.1.https://journal.unpas.ac.id/index.php/biosfer/article/view/5430/2325 Low, H. S., & Mydin Kutty, F. (2022). Keberkesanan Think-Pair-Share Terhadap Motivasi dan Penglibatan Murid dalam Penguasaan Penulisan Bahasa Malaysia Sekolah SJK(C). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001517. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1517 Mannogaran, V., & Nor Shaid, N. A. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e001958. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.1958 Mastura Mustapha, Azi Azeyanty Jamaludin. (2021). Analisis Tahap Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains dan Hubungannya Dengan Kemahiran Abad Ke-21.Journal of Science and Mathematics Letters, Vol 9, Issue 2, 2021 (103-116).https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/5081/3256 Melvina Chung Hui Ching dan Sara Beden. (2021). Penggunaan Aplikasi Whatsapp dalam E-Pembelajaran bagi guru Interim di IPG. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil. 9, Isu 1file:///C:/Users/user/Downloads/66000.pdf Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunus Kassim. (2018). Kajian Rintis Bagi Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pendidikan Akidah Sekolah Rendah di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education,Vol. 2, No. 2 (2018), 55-60. file:///C:/Users/user/Downloads/55-60.pdf Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod dan Nor Azwa Hanum Nor Shaid.( 2016).Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 1-9.http://journalarticle.ukm.my/10189/1/112-220-1-SM.pdf Ridzuan Hussin, (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV).Jurnal Seni dan Pendidikan Seni.Vol. 1 (2013) / (59-66)file:///C:/Users/user/Downloads/harozila,+3.+Pendekatan+Teori+Pembelajaran%20(1).pdf Wong Weng Siong dan Kamisah Osman (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21.Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 3, 2018.file:///C:/Users/user/Downloads/4678-517-15627-1-10-20181213.pdf
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |