UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh faktor pengurusan dan kecenderungan tingkah laku terhadap aplikasi WhatsApp dalam pengurusan pendidikan di universiti awam. Kajian kuantitatif ini telah telah dilaksanakan dengan melibatkan 380 orang pensyarah universiti awam, Malaysia. Statistik deskriptif dan Pemodelan Persamaan Struktural (SEM) digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Program Statistical Package for Social Science (SPSS) diggunakan bagi menganalisis data statistik deskriptif manakala, perisian Analysis Moment of Structural (AMOS) digunakan bagi melaksanakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA). Dapatan kajian menunjukkan min bagi tahap aplikasi WhatsApp dalam pengurusan pendidikan di universiti awam adalah, 5.57 (sisihan piawai 1.064). Tahap faktor pengurusan pula menunjukkan keempat-empat faktor berada tahap tinggi iaitu jangkaan prestasi dengan nilai min 5.847 (sisihan piawai 0.890), jangkaan usaha dengan nilai min 5.69 (sisihan piawai 0.935), pengaruh sosial dengan nilai min 5.11 (sisihan piawai 1.114) dan keadaan kemudahan dengan nilai min 5.58 (sisihan piawai 0.944). Hasil analisis model struktural menunjukkan kelima-lima hipotesis kesan langsung adalah signifikan iaitu; a) jangkaan prestasi memberi kesan kepada niat tingkah laku (_=.521, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |