Pengaruh faktor managerial dan tendensi tingkah laku terhadap pengaplikasian WhatsApp dalam pengurusan pendidikan di Universiti Awam
Type
Thesis
Main Author
Komathy Balasundran
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2024
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh faktor pengurusan dan kecenderungan tingkah laku terhadap aplikasi WhatsApp dalam pengurusan pendidikan di universiti awam. Kajian kuantitatif ini telah telah dilaksanakan dengan melibatkan 380 orang pensyarah universiti awam, Malaysia. Statistik deskriptif dan Pemodelan Persamaan Struktural (SEM) digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Program Statistical Package for Social Science (SPSS) diggunakan bagi menganalisis data statistik deskriptif manakala, perisian Analysis Moment of Structural (AMOS) digunakan bagi melaksanakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA). Dapatan kajian menunjukkan min bagi tahap aplikasi WhatsApp dalam pengurusan pendidikan di universiti awam adalah, 5.57 (sisihan piawai 1.064). Tahap faktor pengurusan pula menunjukkan keempat-empat faktor berada tahap tinggi iaitu jangkaan prestasi dengan nilai min 5.847 (sisihan piawai 0.890), jangkaan usaha dengan nilai min 5.69 (sisihan piawai 0.935), pengaruh sosial dengan nilai min 5.11 (sisihan piawai 1.114) dan keadaan kemudahan dengan nilai min 5.58 (sisihan piawai 0.944). Hasil analisis model struktural menunjukkan kelima-lima hipotesis kesan langsung adalah signifikan iaitu; a) jangkaan prestasi memberi kesan kepada niat tingkah laku (_=.521, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.