UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sangat mencabar ini, mahasiswa juga merupakan salah satu golongan yang terjejas. Peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa menjadikan mahasiswa bukan sahaja berhadapan isu pembelajaran semata-mata, sebaliknya turut membimbangkan kos harian bagi meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Justeru, satu kajian telah dilaksanakan melibatkan mahasiswa di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengenal pasti sumber kewangan dan bentuk perbelanjaan mahasiswa serta mengkaji kesan kos sara hidup terhadap akademik mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran link google form. Responden kajian ini melibatkan seramai 312 orang mahasiswa yang berstatus aktif di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Analisis data menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 28.0 iaitu frekuensi dan analisis. Berdasarkan penemuan kajian menunjukkan majoriti mahasiswa mempunyai sumber kewangan daripada pinjaman pendidikan dan bentuk perbelanjaan kebanyakan hanya digunakan untuk makanan, penginapan, pengangkutan dan yuran pengajian. Kajian ini juga mendapati kesan kos sara hidup adalah minima terhadap akademik mahasiswa. Keadaan ini menunjukkan mahasiswa sememangnya memerlukan kos yang tinggi untuk menyambung pelajar, namun, dengan mengurus perbelanjaan dengan bijak akan mengurangkan kesan kos sara hidup terhadap akademik mahasiswa.
Kata kunci: Kos Sara Hidup; Mahasiswa; Kesan Kos Sara Hidup; Pengaruh Akademik; Institut Pengajian Tinggi |
References |
Aisyah, A., R. & Wajeeha, Z. (2016). Faktor Penentu Pengurusan Kewangan: Kes Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 19(2): 85-94 Azahari, R., Sajiah, Y. & Muhammad, S. B. (2018). Tinjauan Ke Atas Pengukuran Literasi Kewangan: Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS). Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), 37-45. Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan. Selangor: Mc Graw Hill Education. Dana, M. R., & Low, K. C. (2020). Pengaruh Literasi Kewangan Terhadap Gelagat Kewangan Pelajar Universiti. Pengaruh Literasi Kewangan Terhadap Gelagat Kewangan Pelajar Universiti, 520-9528. Hairunnizam Wahid & Siti Aisyah Zahari. (2020). Literasi Kewangan Dan Kesannya Terhadap Gelagat Perbelanjaan Mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 23(1): 27-43 Huriyatul Akmal & Yogi Eka Saputra. (2016). Analisis Tingkat Literasi Keuangan. Jebi Jurnal Ekonomi dan Bisnis Islam. 1(2). Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychology measurement, 30(3). 607-610. Miskan, N. H., & Fisol, I. I. M. (2021). Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Kajian Kes: Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim). Journal of Business Innovation, 5 (1), 33. Mod Asri, N., Abu Bakar, N., Laili, I., & Saad, S. (2020). Status Kewangan dan Tekanan dalam Kalangan Mahasiswa. Jurnal Pengguna Malaysia, 29, 63–83 Mohamad Fazli, S., MacDonald, M., Jariah, M., Laily, P., Tahira, K. H. & Mohd Amin, O. (2008). Financial Behavior and Problems among College Students in Malaysia: Research and Education Implication. Consumer Interests Annual Volume 54, 166-170. Nur Lailatul Azizah. (2017). Pengaruh Kerja Part-Time Terhadap Prestasi Akademik dan Non Akademik Mahasiswa. Noraznida Husin, (2021), Status Kewangan Kewangan dan Tekanan dalam Kalangan Pelajar, Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (IcoMM 2021), e-ISSN: 2756-8938: 408-415. Noraini, I. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn. Bhd. Nor Syahidah, N. & Norasmah, O. (2017). Kualiti Pendidikan Pengurusan Kewangan Dengan Tahap Literasi Kewangan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 183-193. Nor Mohd Syamsi Abd Malek, Noor Rahimi Idiris dan Zamrizal Zakaria. (2024). Indeks Kos Sara Hidup Pelajar Kolej Komuniti Kuantan selepas Era Pandemik Covid-19. Technical and Vocational Education Internasional Journal (TAVEIJ) 4(1). DOI: https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.624 Norlaila, A.B., Norain, M.A., Iman, A. L.,& Suhaila, S.(2019). Masalah kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa. Jurnal Personalia Pelajar, 22(2): 113-120. Nisha, F. K. A. & Norziah, O. (2017). Tingkah Laku Mahasiswa dalam Menguruskan Wang Pembiayaan Pendidikan. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah, (pp. 601-609). Selangor. AAN, R. ., AR, S. ., AJ, K. ., R, C. ., & MI, . Z. . (2009). Stress and Coping Strategies among Management and Science University Students: A Qualitative Study. IIUM Medical Journal Malaysia, 8(2). https://doi.org/10.31436/imjm.v8i2.751 Rozita Baba, Nur Zafirah Muhammad Nor, Juwairiah Hassan. (2022). Tahap Literasi Kewangan, Masalah Kewangan dan Tekanan dalam Kalangan Mahasiswa. Jurnal ‘Ulwan 7(2) 173-190. ISSN: 2504-8511 Salbiah, N. S. A., Suzana, A. R., Suhailah, I., Nurulhayah, M. & Maryam, M. E. (2018). Amalan Pengurusan Kewangan Mahasiswa. Jurnal Inovasi Perniagaan, 9-23. Siti Alida John Abdullah dan Halimah@ Nasibah Ahmad. (2007). Kewangan dan Pelajar IPT. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. ISBN: 9676119288 Yasmin, H. & Anuar, A. (2017). Tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa. Conference: International Conference on Global Education V “Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity (pp. 2373-2387). Padang: Universitas Ekasakti, Padang
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |