UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
ABSTRAK Artikel ini mengkaji tindak balas Malaysia terhadap cabaran perubahan iklim selepas sedekad pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan. Penilaian keberkesanan Dasar Perubahan Iklim Malaysia masih kurang dikupas dan dianalisis dalam mengenalpasti kekurangan sesuatu dasar bagi menjadi rujukan kepada pembangunaan dasar baharu terutamanya berkaitan dasar perubahan iklim di Malaysia. Melalui analisis data sekunder daripada laporan kerajaan, penerbitan ilmiah, dan sumber data antarabangsa, kajian ini bertujuan untuk menilai kejayaan Malaysia dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meningkatkan kesedaran masyarakat, dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen, kajian ini mendapati berlaku peningkatan pelepasan daripada beberapa sektor, namun terdapat kemajuan ketara dalam pengurangan pelepasan melalui inisiatif tenaga boleh baharu dan dasar kecekapan tenaga. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Dasar Perubahan Iklim Malaysia telah mengukuhkan keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Walaubagaimanapun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam mengintegrasikan strategi mitigasi dan adaptasi yang lebih berkesan. Implikasi daripada kajian ini penting bagi perkembangan ilmu pengetahuan dan pembentukan dasar awam yang lebih responsif terhadap cabaran perubahan iklim global dan tempatan. Kajian ini mencadangkan agar Malaysia terus meningkatkan usaha mitigasi dan adaptasi dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan penggunaan sumber dan aplikasi teknologi mesra alam untuk menyokong pembangunan mampan dan rendah karbon.
Kata kunci: Perubahan iklim, dasar perubahan iklim kebangsaan, pencapaian |
References |
Alemu, B. (2014). The role of forest and soil carbon sequestrations on climate change mitigation. Res J Agr Environ Manage, 3(10), 492-505. Baharudin, R. A., Ali, N. I. M., & Idros, A. R. (2023). Pengaruh Perubahan Iklim Terhadap Komuniti Orang Asal di Malaysia: Tinjauan Literatur. e-BANGI, 20(2), 266-280 Dasar Perubahan Iklim Negara Malaysia 2010 diakses pada 10 November 2023 di: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30921?language=my Duguma, L. A., Minang, P. A., & van Noordwijk, M. (2014). Climate change mitigation and adaptation in the land use sector: from complementarity to synergy. Environmental management, 54, 420-432. Fearnside, P. M. (2019). Greenhouse gas emissions from land-use change in Brazil’s Amazon region. In Global climate change and tropical ecosystems (pp. 231-249). CRC Press. Houghton, R. A., House, J. I., Pongratz, J., Van Der Werf, G. R., Defries, R. S., Hansen, M. C.,& Ramankutty, N. (2012). Carbon emissions from land use and land-cover change. Biogeosciences, 9(12), 5125-5142. Greene, L. A. (2000). EHPnet: United Nations Framework Convention on Climate Change. Kementeriaan Sumber Alam, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, 2022: https://unfccc.int/sites/default/files/resource/MY%20BUR4_2022.pdf Kemarau, R. A., Eboy, O. V., & Zaini Sakawi, S. A. (2023). Impact Deforestation on Land Surface Temperature: A Case Study Highland Kundasang, Sabah. Geoplanning: Journal of Geomatics and Planning, 10(1). Kemarau, R. A., & Eboy, O. V. (2021). Spatial-Temporal Distribution of Malaria Risk and Its Association With El Niño Southern Oscillation (ENSO). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 276-286. Kemarau, R. A., & Eboy, O. V. (2021). Land Cover Change Detection in Kuching, Malaysia Using Satellite Imagery. Borneo Journal of Sciences & Technology, 3(1), 61-65. Lamb, W. F., Grubb, M., Diluiso, F., & Minx, J. C. (2022). Countries with sustained greenhouse gas emissions reductions: an analysis of trends and progress by sector. Climate Policy, 22(1), 1-17. Li, Z., Wu, Y., Rasoulinezhad, E., Sheng, Y., & Bi, C. (2023). Green economic recovery in central Asia by utilizing natural resources. Resources Policy, 83, 103621 Masson-Delmotte, V., Zhai, P., Pörtner, H. O., Roberts, D., Skea, J., & Shukla, P. R. (2022). Global Warming of 1.5 C: IPCC special report on impacts of global warming of 1.5 C above pre-industrial levels in context of strengthening response to climate change, sustainable development, and efforts to eradicate poverty. Cambridge University Press. Mayowa, O. O., Pour, S. H., Shahid, S., Mohsenipour, M., Harun, S. B., Heryansyah, A., & Ismail, T. (2015). Trends in rainfall and rainfall-related extremes in the east coast of peninsular Malaysia. Journal of Earth System Science, 124, 1609-1622. Protocol, Kyoto. (1997). Kyoto protocol. UNFCCC Website. Available online: http://unfccc. int/kyoto_protocol/items/2830. php (accessed on 1 January 2011). Rissman, J., Bataille, C., Masanet, E., Aden, N., Morrow III, W. R., Zhou, N., & Helseth, J. (2020). Technologies and policies to decarbonize global industry: Review and assessment of mitigation drivers through 2070. Applied energy, 266, 114848. Richardson, M. T. (2022). Prospects for detecting accelerated global warming. Geophysical Research Letters, 49(2), e2021GL095782. Saad, S., Kamarudin, T. F. T., & Awang, A. H. (2018). Pengetahuan dan sokongan belia terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim (Youth knowledge and support for government policy towards climate change). Geografia, 14(1). Schleussner, C. F., Rogelj, J., Schaeffer, M., Lissner, T., Licker, R., Fischer, E. M.,& Hare, W. (2016). Science and policy characteristics of the Paris Agreement temperature goal. Nature Climate Change, 6(9), 827-835. Solaymani, S. (2019). CO2 emissions patterns in 7 top carbon emitter economies: The case of transport sector. Energy, 168, 989-1001. Thyberg, K. L., & Tonjes, D. J. (2016). Drivers of food waste and their implications for sustainable policy development. Resources, Conservation and Recycling, 106, 110-123. Weitzel, M., Vandyck, T., Los Santos, L. R., Tamba, M., Temursho, U., & Wojtowicz, K. (2023). A comprehensive socio-economic assessment of EU climate policy pathways. Ecological Economics, 204, 107660. World Bank Group, Asian Development Bank. Climate Risk Country Profile: Malaysia, 2021. https:// www.adb.org/sites/default/files/publication/723571/climate-risk-country-profile-malaysia.pdf 72 World Bank Group Climate Change Knowledge Portal. Malaysia: Key Vulnerabilities. 2021. https://climateknowledgeportal.worldbank.org/country/malaysia/vulnerability#:~:text=1%20Over%20the%20past%20decade%20 Malaysia%20has%20faced,erosion%20and%20saline%20 intrusion%20are%20growing%20in%20threat. Valin, H., Havlík, P., Mosnier, A., Herrero, M., Schmid, E., & Obersteiner, M. (2013). Agricultural productivity and greenhouse gas emissions: trade-offs or synergies between mitigation and food security?. Environmental Research Letters, 8(3), 035019. Zurairi, A. R. (2018). Climate-related natural disasters cost Malaysia RM8b in the last 20 years. Malay Mail. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |