UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Ubong Imang
Additional Authors :
  • Roben Well
  • Adi Jafar
  • Lindah Roziani Jamru
  • Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof
Title :Komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil adaptasi dan pengalaman mengharungi pandemik covid-19
Hits :30
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
ABSTRAK Pandemik COVID-19 telah mengganggu kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat secara global daripada pelbagai aspek, termasuklah komuniti luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian berskala kecil. Kajian ini bertujuan menilai bagaimana komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil menyesuaikan diri dan mengharungi cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, di samping mengenalpasti pengajaran yang boleh dipelajari daripadanya untuk diberikan perhatian dalam perancangan pembangunan luar bandar dan sektor pertanian masa hadapan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 72 ketua isirumah yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian kecil di dua buah kampung yang terletak di kawasan luar bandar Sabah. Hasil dapatan kajian mendapati responden berdepan dengan situasi sukar seperti akses kepada pasaran adalah terhad dan hasil pertanian tidak dapat dipasarkan. Selain itu, didapati berlaku juga lebihan dan pembaziran hasil pertanian, gangguan dalam rantaian bekalan makanan dan tanaman terbiar. Sungguhpun begitu, kajian ini juga mendapati responden menggunakan pelbagai strategi untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19. Antara yang utama adalah seperti menerokai potensi saluran pemasaran alternatif, meneroka kawasan pertanian baharu dan memulihkan kawasan pertanian yang lama ditinggalkan, memproses lebihan hasil pertanian, mengamalkan pertukaran hasil pertanian dengan jiran tetangga dan mengurangkan pergerakan ke kebun dengan bermalam di kebun. Selari dengan dapatan kajian, adalah penting untuk pihak kerajaan berganding bahu dengan komuniti luar bandar dan pihak swasta mewujudkan sistem rangkaian pengagihan dan pemasaran hasil pertanian secara sistematik di kawasan luar bandar, memberi penekanan kepada usaha pengukuhan kesampaian komuniti luar bandar kepada infrastruktur asas, meningkatkan liputan teknologi digital, mewujudkan pusat aktiviti pemprosesan hasil pertanian di kawasan luar bandar, mengalakkandiversifikasi ekonomi pertanian, memperkukuhkan sistem sokongan sosial dan pembangunan sumber manusia. Usaha ini penting dalam meningkatkan daya tahan komuniti luar bandar sekiranya berdepan dengan pandemik seperti COVID-19 pada masa hadapan. Kata Kunci: Pandemik COVID-19, adaptasi, komuniti luar bandar

References

Ahmad Sukry, M. & Siti Masayu Rosliah, A.R. (2021). Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Ekonomi Pekebun Mikro Harumanis di Paya Kelubi, Perlis. e-BANGI, 18(5), 138-156.

Benedek, Z, Fertő, I., Galamba Marreiros, C., Aguiar, P.M.D., Pocol, C.B. & Čechura, L (2021). Farm diversification as a potential success factor for small-scale farmers constrained by COVID-related lockdown. Contributions from a survey conducted in four European countries during the first wave of COVID-19. PLoS ONE 16(5): e0251715.

https://doi.org/10.1371/journal.pone.0251715 Bennett, N. J., Finkbeiner, E. M., Ban, N. C., Belhabib, D., Jupiter, S. D., Kittinger, J. N., Christie, P. (2020). The COVID-19 Pandemic, Small-Scale Fisheries and Coastal Fishing Communities. Coastal Management, 48(4), 336–347. https://doi.org/10.1080/08920753.2020.1766937

Dhillon, R. & Moncur, Q. (2023). Small-Scale Farming: A Review of Challenges and Potential Opportunities Offered by Technological Advancements. Sustainability 15, 15478.

Fahmy, A. R. (14 Julai 2020) COVID-19: Masyarakat Sektor Pertanian Teruk Terjejas. Berita Harian. https://Www.Bharian.Com.My/Berita/Nasional/2020/07/710538/Covid-19-Masyarakat-Sektor-Pertanian-Teruk-Terjejas#Google_Vignette. 

Fauziah, C.L. (2020). The Geography of Accessibility: Assessing the Malaysian Approach to COVID-19 Pandemic Management. GEOGRAFI, 8(2):66-91.

doi: 10.37134/geografi.vol8.2.4.2020

Hassan, A. A. G., Ngah, I., & Applanaidu, S. D. (2018). Agricultural transformation in Malaysia: the role of smallholders and area development. Development, 15(2), 1-56.

HLPE. (2013). Investing in smallholder agriculture for food security. Rome: High Level Panel of Experts on Food Security, and Nutrition of the Committee on World Food Security.

Imang, U., Mulia, D. S., Foo, J., & Shah, J. M. (2021). Impak Pandemik COVID-19 Terhadap Komuniti Luar Bandar: Kajian Kes di Kg Terian, Penampang Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6 (40), 73 - 83. 

Imang, U. (2020). Diversification of Rural Economics in Sabah: Patterns and Determinants of Change. Community: Pengawas Dinamika Sosial, 6(2), 144-155. Imang, U. (2008). Pembangunan Luar Bandar di Sabah. In Seminar Paper Series (No. 7).

International Fund for Agricultural Development (IFAD). (2013). Smallholders, food security and the environment. IFAD, Rome.

Kirsten, J., F. & van, Zyl., J. (1998). Defining Small-Scale Farmers In The South African Context. Agrekon, 37 (4), 551-562.

Narotzky, S. (2016). Where have all the peasants gone?. Annual review of Anthropology.

45, 301-318.

Onyeaka, H., Anumudu, C.K., Al-Sharify, ZT., Egele-Godswill, E. & Mbaegbu, P. (2021). COVID-19 pandemic: A review of the global lockdown and its far-reaching effects. Sci Prog. 104 (2): 368504211019854.

Paganini, N., Adinata, K., Buthelezi, N., Harris, D., Lemke, S., Luis A., Koppelin, J., Karriem, A., Ncube, F., Aguirre, E.N., Ramba, T., Raimundo, I., Sulejmanovic, N., Swanby, H., Tevera, D. & Stober, S. (2020). Growing and eating food during the COVID-19 pandemic: farmers' perspectives on local food system resilience to shocks in Southern Africa and Indonesia. Sustainability. 12: 8556.

Pujiriyani, D. W. (2022). Generasi baru petani wirausaha: Dinamika petani kecil dalam pertanian global. Tunas Agraria, 5 (3), 254–267.

Tuan Muhammad Zukri, T. S., Mohd Syaiful Nizam, A. H., Adi Syahid, M.A., & Nurzaimah, A. (2022). Pendekatan Kerja Sosial Komuniti Sebagai Mekanisme Pendayaupayaan Komuniti Nelayan. Asian People Journal, 5(2), 151-160.

Selim, T. & Eltarabily, G. M. (2022). Impact of COVID-19 lockdown on small-scale farming in Northeastern Nile Delta of Egypt and learned lessons for water conservation potentials. Ain Shams Engineering Journal, 13 (14), 101649.

Zhu, D., Lai, X., Long, W. & Gao, L. (2020) The short- and long-term impacts of the COVID-19 pandemic on family farms in China – Evidence from a survey of 2 324 farms. Journal of Integrative Agriculture, 19 (12), 2877-2890.

Zhu, G., Chou, M. C., & Tsai, C. W. (2020). Lessons learned from the COVID-19 pandemic exposing the shortcomings of current supply chain operations: A long-term prescriptive offering. Sustainability, 12.

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.