UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
ABSTRAK Geografi keruangan merujuk kepada persekitaran ruang dalam mempengaruhi sesuatu aspek fizikal dan kemanusiaan. Geografi keruangan boleh mempengaruhi pola sesuatu pengundian dari segi kedudukan bandar-luar bandar, geografi fizikal, geografi perumahan dan geografi etnik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh geografi keruangan dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-15. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berdasarkan score sheet keputusan pilihan raya mengikut saluran dan daerah mengundi; dan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-15 berdasarkan geografi keruangan dipengaruhi oleh geografi etnik di sesuatu kawasan dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-15. Pengundi Melayu lebih cenderung menyokong PN kerana parti komponen dalam PN iaitu PAS dan BERSATU dilihat lebih ultra identiti (perkauman dan keagamaan) sebagai pengganti kepada UMNO dan dilihat lebih serius dalam memperjuang dan mempertahankan Melayu dan kedaulatan Islam. Pengundi bukan Melayu pula lebih selesa menyokong PH kerana ideologi politik sederhana dan perjuangan keadilan dan persamaan hak semua kaum yang diperjuangkan parti tersebut. Justeru, pengaruh geografi etnik lebih mendominasi pola sokongan pengundi berbanding geografi keruangan. Kata kunci: Geografi, ruang, dinamika politik, geografi keruangan, geografi etnik, ultra identiti, politik sederhana. |
References |
Awang Besar, J. & Mohd Zain, M. F. (2011, 8-10 February). Analisis geografi pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali ke-3. Bilik Persidangan, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Awang Besar, J. (2016, October 26-27). Analisis geografi pilihan raya, sosiopolitik dan sosiobudaya di kawasan Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. The 2016 Konferensi Internasional Budaya Melayu. Kampus UNJA Pasar, Jambi, Sumatera, Indonesia. Awang Besar, J. (2017a, 23&24 February). Analisis geografi politik dan pilihan raya di Negeri Perlis Indera Kayangan. Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA) 2017. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Awang Besar, J. (2017b). Geografi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang: Analisis Prestasi MCA dan DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Geografi, 6(1)(2017), 12-25. Awang Besar, J. (2018). Analisis Geografi Pilihan Raya Negeri Perlis Indera Kayangan, Malaysia. Geografi, 6(1)(2018), 71-80. Awang Besar, J., Ali, M., Mohd Zain, M. F. & Zulkipli, A. A. (2016, 27-29 May). Analisis geografi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Terengganu. 8th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHiSS) 2016. Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor, Malaysia. Awang Besar, J., Fauzi, R. & Ghazali, A. S. (2013, 26-27 October). Analisis geografi pilihan raya di Kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur 1955-2013. Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA) 2013. Hotel Eastin, Pulau Pinang. Awang Besar, J., Fauzi, R. & Ghazali, A. S. (2015). Analisis geografi pilihan raya di kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pilihan raya umum 1955-2013. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space, 11(2), 30-42. Awang Besar, J., Mat Jali, M. F. & Mohd Zain, M. F. (2012). Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan: Analisis Geografi Pilihan Raya. E-Bangi, 7(1), 64-74. Awang Besar, J., Sudin, M. N. & Mat Jali, M. F. (2017, 20-22 November). Geografi politik dan pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Tawau, Sabah. The 1st SEEDS 2017 International Conference. Danau UKM, Bangi, Selangor. Chan, N.W. (1993). Pengantar Geografi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Fauzi, R., Shafie, A., Ghazali, A. S., Abdul Rahman, Z. & Othman, M. R. (2011, 12 January). Elemen ruangan dalam politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum 13. Seminar Politik Malaysia. UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ghazali, A. S. (2009). Geografi Pilihan Raya Malaysia. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Minshull, R. (1967). Regional Geography: Theory and Practice. Aldine, Michigan, USA. Mohd Fuad Mat Jali, Awang Besar, J., Fauzi, R. & Ghazali, A. S. (2013). Analisis geografi pilihan raya dalam pilihan raya kecil di Malaysia 2008-2011. Fourth PPSPP International Conference 2013. Puri Pujangga, UKM Bangi Selangor. Rachagan, S. (1993). Law and the Electoral Process in Malaysia. Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur, Malaysia. Rainis, R. & Mohd Shariff, N. (1998). Sistem Maklumat Geografi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Sudin, M. N., Awang Besar, J. & Mat Jali, M. F. (2018). Pola pengundian dan taburan geografi kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh UMNO dalam PRU-11, PRU-12 dan PRU-13 di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Ke-15 (SKIM XV). Graha Sanusi, Rektorat Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |