UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
ABSTRAK Pembangunan bandar dan proses urbanisasi telah menyebabkan had pembangunan bandar melepasi sempadan ditetapkan. Tren pembangunan yang mula beralih keluar dari bandar menyebabkan kawasan pinggiran bandar dan desa berdekatan mengalami tekanan pembangunan. Kajian ini bertujuan untuk mengupas fenomena RURBAN yang melanda kawasan desa di Mukim Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Data sekunder dan data primer dianalisis bagi menentukan sejauh mana kesan fenomena RURBAN terhadap desa. RURBAN merupakan fenomena sebuah kawasan desa telah mengalami proses membandarkan luar bandar secara berperingkat. Kawasan desa telah dilengkapi dengan kemudahan seperti di bandar bagi menyokong keperluan penduduk. Malah akibat proses urbanisasi ini jarak bukan lagi penghalang disebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan telah memudahkan urusan harian. Melalui pemerhatian dan kajian lapangan, situasi semasa menunjukkan tren perubahan guna tanah pertanian kepada guna tanah perumahan semakin rancak dibangunkan bagi memenuhi keperluan perumahan dalam pasaran. Faktor seperti pembangunan kawasan perindustrian, harga hartanah yang mahal di bandar dan jaringan jalanraya yang lengkap telah merancakkan lagi pembinaan kawasan taman-taman perumahan yang dibangunkan secara pembangunan poket. Akibat daripada itu kemudahan asas telah menjadi terhad kerana pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat. Bagi mengimbangi proses urbanisasi dan kemajuan desa satu pelan pembaharuan dan garis panduan perlu diwujudkan supaya desa tidak lenyap dan identitnya terus terpelihara.
Kata kunci: RURBAN, urbanisasi, pembangunan desa, pinggiran bandar |
References |
Aggrey, D. M. (2013). Impacts Of Urbanization On Land Use Planning, Livelihood And Environment In The Nairobi Rural -Urban Fringe, Kenya,International Journal of Scientific & Technology Research,Volume 2,70-79 Allen, A. (2003). Environmental planning and management of the peri-urban interface: perspectives on an emerging field. Environ. Urbanization(15), 135. Allen, A., Lampis, A., Swilling, M. (2016). Untamed Urbanisms. Routledge, London. Amakichi, H. (2004). “Central Cities and Their Role in National Development”. Farokh Afshar. (1998). Balancing global city with global village. Habitat International 22(4), 375–387. Jalaluddin Abdul Malek & Rabeah Adawiyah Baharudin. (2020). Smart City (SC) – Smart Village (SV) and the ‘Rurban’ Concept from a Malaysia-Indonesia perspective. African Journal of Hospitality, Tourism and Leisure, GCBSS Special Edition (2019) ISSN: 2223-814X Journal of Geography and Regional Planning, 2 (9), 140-169. Kementerian Pembangunan Luar Bandar. (2019). Dasar Pembangunan Luar Bandar. Madelano, I.M., (2004). ’Urban versus rural’ no longer matches reality: an early public agro-residential development in periurban Santiago, Chile. Cities 21 (6), 513–526. Mandal, R.B. (1989). System of Rural Settlements in Developing Countries.1st ed., New Delhi, Concept Publishing Company Marc Aziz Michael. (2019). The politics of rurbanization and The Egyptian society of the Muslim Brothers. Political Geography, 72(December 2017), 99–115. https://doi.org/10.1016/j.polgeo.2019.04.005 McGee, T. G. (2008). Managing the rural - Urban transformation in East Asia in the 21st century. Sustainability Science, 3(1), 155–167. https://doi.org/10.1007/s11625-007-0040-y Mohamad Azal Fikry dan Hamid Saad. (2015), “The Function of Rural Service Centre in Local Economic Growth and Diversification,” dalam Exploring Pathways for Sustainable Rural Development in Malaysia, disunting oleh Ibrahim Ngah dan Khairul Hisyam Kamarudin, (Penerbit UTM Press, 2015), 9-10. Narain, V. (2009). Growing City, Shrinking Hin- terland: Land Acquisition, Transition and Conflict in Peri-UrbanGurgaon, India. Environment and Urbanization 21(2), 501–12. Neha, P. K, & Krishna, K. D. (2016). Rurban Centres: The New Dimension of Urbanism. Procedia Technology, 24, 1699–1705. https://doi.org/10.1016/j.protcy.2016.05.198 PLANMalaysia@Selangor. (2018). Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030. Shikalgar, R. S. & Kamble, S. M. (2013). Geographical Analysis of Rurban Centers in Yerala River Basin. Online International Interdisciplinary Research Journa, V, 152–158 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |