UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :T Technology
Main Author :Norshahila Ibrahim
Title :Animasi 2D dalam perisian edutainment pendidikan kesihatan untuk penyakit jantung
Hits :72
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Komputeran dan META-Teknologi
Year of Publication :2011
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Banyak kempen dan pendidikan kesihatan  dalam bentuk bercetak mahupun elektronik telah dianjurkan oleh KKM. Namun kes penyakit jantung  masih meningkat setiap tahun. Oleh itu keperluan kaedah pendidikan alternatif sebagai pendidikan  awal kepada remaja untuk memberi kesedaran terhadap bahaya penyakit jantung. Kajian ini bertujuan  memformulasi model konsepsi perisian edutainment pendidikan kesihatan serta membangun dan menilai  perisian berasaskan model konsepsi. Perisian ini menggunakan elemen multimedia dengan memilih  animasi 2D sebagai elemen utama untuk remaja berumur antara 12 hingga 15 tahun. Perisian ini  dibangun berasaskan pengubahsuaian model reka bentuk ADDIE dan kaedah pembangunan animasi dengan  mengambil kira aspek edutainment .. Terdapat lima fasa dalam proses kajian: fasa analisis, reka  bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Komponen utama yang dimuatkan dalam perisian ini  ialah satu modul animasi dan tiga modul interaktif iaitu "Modul Nasihat", "Modul Uji Minda" dan  "Modul Cari Perkataan". Perisian kajian ini dibangun menggunakan  perisian Adobe Flash CS3, Sony  Sound Forge 9.0 dan Adobe Photoshop CS3. Perisian JKS dinilai dari aspek edutainment dan  kebolehgunaannya berasaskan  aspek  kepuasan  pengguna  dan  kemudahgunaan. Pemerhatian  turut  digunakan bagi melihat reaksi dan tingkah Iaku responden semasa menggunakan perisian. Borang soal  selidik diedarkan kepada 30 orang responden selepas sesi penggunaan. Nilai Cronbach Alpha bagi  keseluruhan item soal selidik ialah 0.95. Hasil kajian mendapati bahawa perisian JKS adalah sebuah perisian yang menarik dan menghiburkan   (min  = 4.36),  mudah  digunakan  (min  = 4.30),  memuaskan  hati pengguna (min = 4.46), berkesan  dalam memberi maklumat tentang bahaya penyakit jantung dan cara mengatasi penyakit ini menerusi cerita animasi 2D dan modul interaktif (min =  4.55). Manakala nilai min Ujian Pra dan Ujian Pasca masing-masing 5.90 dan 8.60. Kajian ini menghasilkan sebuah model konsepsi perisian edutainment untuk pendidikan  kesihatan menggunakan kaedah yang diubahsuai daripada model reka bentuk ADDIE dan kaedah  pembangunan animasi dengan mengambil kira aspek edutainment. Kajian ini juga menghasilkan reka  bentuk antara muka dan kandungan perisian edutainment pendidikan kesihatan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.