UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dilakukan ke atas spesies-spesies terpilih dalam genus
Anisoptera, Coty/elobium dan Vatica yang merupakan famili tumbuhan kayu balak daripada famili
Dipterocarpaceae. Kajian ini dijalankan untuk melihat persamaan dan variasi ciri anatomi daun
antara spesies yang dikaji yang boleh digunakan untuk pengecaman spesies. Kajian yang dilakukan
melibatkan kaedah keratan rentas lamina, tulang daun, petiol dan tepi daun dengan menggunakan
mikrotom gelongsor. Kaedah kikisan epidermis daun digunakan untuk mencerap ciri anatomi pada
lapisan epidermis adaksial dan abaksial daun. Cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron digunakan
untuk melihat ciri mikromorfologi epidermis abaksial dan adaksial daun. Manakala kaedah penjernihan
dilakukan untuk melihat ciri peruratan tengah dan tepi daun. Hasil kajian menunjukkan terdapat ciri
umum dan variasi pada ketiga-tiga genus kajian. Variasi ciri anatomi dan mikromorfologi daun boleh
dilihat pada corak dinding antiklin epidermis adaksial dan abaksial; jenis, kehomogenan dan saiz
stomata; corak omamentasi kutikel; kehadiran sel musilaj pada lamina; jenis dan kehadiran trikom
pada tulang daun dan petiol; corak berkas vaskular pada tulang daun dan petiol dan kehadiran sel
sklerenkima. Ciri sepunya bagi semua spesies dalam genus Anisoptera, Cotylelobium dan Vatica yang
dikaji ialah kehadiran saluran resin pada petiol dan tulang daun; jenis dan birai stomata; berkas
vaskular kompleks pada petiol dan hujung daun; sel sklerenkima-floem dan berkas vaskular hujung
tepi daun; kehadiran hablur pada parenkima korteks petiol dan tulang daun; jenis trikom berkelenjar
peltat dan kehadiran sel sklerenkima mengelilingi berkas vaskular kompleks petiol dan tulang daun.
Namun begitu tiada ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang benar-benar boleh digunakan untuk
membezakan ketiga tiga genus kajian. Ciri anatomi dan mikromorfologi daun dilihat mempunyai nilai
taksonomi pada peringkat spesies tetapi tidak pada peringkat genus.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |