UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian anatomi dan mikromorfologi daun beberapa spesies Anisoptera, Vatica dan Cotylelobium (Dipterocarpaceae)

AVAILABLE Thesis 385 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kajian anatomi dan mikromorfologi daun beberapa spesies Anisoptera, Vatica dan Cotylelobium (Dipterocarpaceae)
Type
Thesis
Main Author
Azi Azeyanty Jamaludin
Subject
QH Natural history
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dilakukan ke atas spesies-spesies terpilih dalam genus  Anisoptera, Coty/elobium dan Vatica yang merupakan famili tumbuhan kayu balak daripada famili  Dipterocarpaceae. Kajian ini dijalankan untuk melihat persamaan dan variasi ciri anatomi daun  antara spesies yang dikaji yang boleh digunakan untuk pengecaman spesies. Kajian yang dilakukan  melibatkan kaedah keratan rentas lamina, tulang daun, petiol dan tepi daun dengan menggunakan  mikrotom gelongsor. Kaedah kikisan epidermis daun digunakan untuk mencerap ciri anatomi pada  lapisan epidermis adaksial dan abaksial daun. Cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron digunakan  untuk melihat ciri mikromorfologi epidermis abaksial dan adaksial daun. Manakala kaedah penjernihan  dilakukan untuk melihat ciri peruratan tengah dan tepi daun. Hasil kajian menunjukkan terdapat ciri  umum dan variasi pada ketiga-tiga genus kajian. Variasi ciri anatomi dan mikromorfologi daun boleh  dilihat pada corak dinding antiklin epidermis adaksial dan abaksial; jenis, kehomogenan dan saiz  stomata; corak omamentasi kutikel; kehadiran sel musilaj pada lamina; jenis dan kehadiran trikom  pada tulang daun dan petiol; corak berkas vaskular pada tulang daun dan petiol dan kehadiran sel  sklerenkima. Ciri sepunya bagi semua spesies dalam genus Anisoptera, Cotylelobium dan Vatica yang  dikaji ialah kehadiran saluran resin pada petiol dan tulang daun; jenis dan birai stomata; berkas  vaskular kompleks pada petiol dan hujung daun; sel sklerenkima-floem dan berkas vaskular hujung  tepi daun; kehadiran hablur pada parenkima korteks petiol dan tulang daun; jenis trikom berkelenjar  peltat dan kehadiran sel sklerenkima mengelilingi berkas vaskular kompleks petiol dan tulang daun.  Namun begitu tiada ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang benar-benar boleh digunakan untuk  membezakan ketiga­ tiga genus kajian. Ciri anatomi dan mikromorfologi daun dilihat mempunyai nilai  taksonomi pada peringkat spesies tetapi tidak pada peringkat genus.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.