UPSI Digital Repository (UDRep)

Kata sendi nama 'Pada' dan 'Kepada' dalam Bahasa Melayu: perbandingan antara teks Tatabahasa Dewan dengan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka

AVAILABLE Thesis 552 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kata sendi nama 'Pada' dan 'Kepada' dalam Bahasa Melayu: perbandingan antara teks Tatabahasa Dewan dengan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka
Type
Thesis
Main Author
Mohd Pouzi Zakaria
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Salah satu aspek tatabahasa yang sering mengelirukan pelajar dan juga pengguna bahasa Melayu amnya_ ialah kata sendi nama._ Dalam pengajaran tatabahasa di sekolah, seperti yang terdapat dalam_ buku-buku tatabahasa, fungsi kata sendi nama dan peraturan penggunaannya diterangkan dengan jelas_ oleh guru._ Namun apabila pelajar-pelajar berdepan_ dan berinteraksi dengan masyarakat, termasuk_ membaca surat khabar dan majalah-majalah, mereka menjadi keliru kerana kata sendi nama yang_ dipelajari di sekolah mungkin agak berbeza dan lebih bebas penggunaannya dalam kalangan masyarakat._ _Fenomena ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar sekolah tetapi juga kepada kebanyakan pengguna_ bahasa Melayu. Linguistik bukan merupakan ilmu yang statik sifatnya kerana bahasa itu sendiri_ merupakan entiti yang hidup._ Namun_ begitu, mana-mana_ kajian yang dibuat secara saintifik juga_ memerlukan huraian ilmiah dan kukuh bagi memastikan apa yang bakal dicadangkan menggantikan_ pendapat penahu terdahulu diyakini oleh pengguna bahasa._ Antara jalan penyelesaian yang boleh_ diambil adalah dengan menggunakan data korpus berkomputer dan juga korpus pertuturan. Kajian ini_ akan menganalisis data daripada korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat gelagat_ sebenar pengguna kata sendi nama pada dan kepada dalam kalangan masyarakat._ Secara umumnya_ penahu-penahu terdahulu meletakkan kata sendi nama pada dan kepada di hadapan kata nama atau frasa_ nama dengan hukum dan fungsi-fungsi tertentu. Bagaimanapun, berdasarkan data korpus berkomputer,_ didapati terdapat perbezaan pola penggunaan kata sendi nama pada dan kepada berbanding dengan_ Tatabahasa Dewan._ Kajian ini menemukan beberapa dapatan yang menunjukkan penggunaan kata sendi__ nama pada dan_ kepada_ yang digunakan_ oleh masyarakat_ adalah bersesuaian dalam konteks ayat tanpa_ menjejaskan maksud yang ingin disampaikan, walaupun berbeza daripada dalam buku Tatabahasa Dewan. _

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.