UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Noor Azni Yahya
Title :Keberkesanan Akhbar Dalam Darjah (ADD) meningkatkan kefahaman bacaan bahasa Melayu murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba Tapah Road Perak
Hits :24
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan suatu eksperimen untuk meninjau keberkesanan alat bantu mengajar yang_ berkonsepkan Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) untuk meningkatkan kefahaman bacaan bahasa Melayu_ murid-murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba Tapah Road. Perak. Kajian yang_ berbentuk kuasi - eksperimen ini menggunakan reka bentuk kajian ujian pra dan ujian post kumpulan_ kawalan ( pretest - posttest_ control_ group_ design )._ Tumpuan_ kajian_ adalah terhadap__ pencapaian kefahaman bacaan murid-murid berasaskan bentuk aras soalan yang berdasarkan kepada_ Taksonomi Bloom. Ujian -t_ digunakan untuk menguji 9 hipotesis nul bagi menentukan sama ada_ terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian kefahaman bacaan yang menggunakan akhbar_ berkonsepkan ADD bagi kumpulan rawatan dengan kumpulan yang menggunakan buku teks. Hasil kajian_ menunjukkan bahawa pencapaian kefahaman bacaan murid-murid yang menggunakan akhbar yang_ berkonsepkan_ ADD dan penggunaan buku teks dalam ujian pra hampir sama. Walaupun demikian, setelah_ kedua-dua kumpulan ini diberi rawatan didapati bahawa penggunaan ADD lebih berkesan daripada_ penggunaan buku teks. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan ADD berupaya meningkatkan kefahaman_ bacaan murid-murid. Berdasarkan fakta ini, adalah disyorkan supaya guru-guru bahasa Melayu_ mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dengan melibatkan sumber media seperti akhbar, majalah,komik dan pelbagai bacaan lain. _
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.