Tembikar tembeling Pahang sebagai ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Fazly Jamaluddin
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji perusahaan tembikar tembeling Pahang sebagai
ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya. Kajian mengkaji pandangan generasi terawal
perusahaan ini dan juga pendapat daripada generasi muda terhadap kesedaran warisan pendidikan
kebudayaan ini.
Data-data bagi menganalisis dapatan kajian ini diperolehi daripada data-data temubual, pemerhatian,
dokumentasi, rakaman audio-visual dan rakaman video. Seramai lima orang responden menjadi sumber
data bagi mendapatkan informasi. Responden terdiri daripada tokoh generasi tradisional dan tokoh
generasi moden.
Kaedah kajian kualitatif secara deskriptif telah digunakan untuk membuat analisis data. Daripada
analisis kajian ini, mendapati bahawa responden menganggap perusahaan tembikar Tembeling Pahang
masih mempunyai kesinambungan daripada generasi terawal yang mengusahakannya. Kesinambungan warisan
pendidikan budaya tersebut dapat dilihat dari aspek kemahiran, rekabentuk, motif atau ragarnhias
dan bahan asas.
Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kesinambungan warisan
pendidikan budaya iaitu melalui perusahaan tembikar Tembeling Pahang masih wujud dan perlu
dikekalkan. Badan-badan seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKWA) menjadi pendokong kepada kesinambungan warisan pendidikan budaya ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.