UPSI Digital Repository (UDRep)

Tembikar tembeling Pahang sebagai ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya

AVAILABLE Thesis 439 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tembikar tembeling Pahang sebagai ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Fazly Jamaluddin
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji perusahaan tembikar tembeling Pahang sebagai  ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya. Kajian mengkaji pandangan generasi terawal  perusahaan ini dan juga pendapat daripada generasi muda terhadap kesedaran warisan pendidikan  kebudayaan ini. Data-data bagi menganalisis dapatan kajian ini diperolehi daripada data-data temubual, pemerhatian,  dokumentasi, rakaman audio-visual dan rakaman video. Seramai lima orang responden menjadi sumber  data bagi mendapatkan informasi. Responden terdiri daripada tokoh generasi tradisional dan tokoh  generasi moden. Kaedah kajian kualitatif secara deskriptif telah digunakan untuk membuat analisis data. Daripada  analisis kajian ini, mendapati bahawa responden menganggap perusahaan tembikar Tembeling Pahang  masih mempunyai kesinambungan daripada generasi terawal yang mengusahakannya. Kesinambungan warisan  pendidikan budaya tersebut dapat dilihat dari aspek kemahiran, rekabentuk, motif atau ragarnhias  dan bahan asas. Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kesinambungan warisan  pendidikan budaya iaitu melalui perusahaan tembikar Tembeling Pahang masih wujud dan perlu  dikekalkan. Badan-badan seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan  Malaysia  melalui  Kementerian   Kesenian,  Kebudayaan  dan  Warisan (KEKKWA) menjadi pendokong kepada kesinambungan warisan pendidikan budaya ini.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.