UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Harozila Ramli
Additional Authors :
  • Mohd Sazali Mohd Yusop
Title :Blok Batik identiti dan kreativiti Adiguru Ghani
Hits :20
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Blok Batik merupakan satu artifak seni yang digunakan untuk mengecop pada permukaan fabrik khususnya dalam dunia membatik. Keunikan seni blok batik dapat dilihat dari segi penggunaan material, iaitu bermula dari ubi kentang kepada kayu sehingga ditransformasikan kepada tembaga. Keunikan kesenian blok batik ini dapat dilihat menerusi satu kajian melalui blok batik Adiguru Ghani. Kepakaran Adiguru Ghani ini memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk memperlihat kepakaran lokal dalam mempengaruhi kreativiti dan identiti masyarakat Melayu dalam seni blok batik di Malaysia. Melalui perkembangan transformasi blok batik, reka corak, reka bentuk, bahan, saiz dan fungsi yang berlaku dapat diterjemahkan melalui karya blok batik Adiguru Ghani. Penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji telah memilih daerah Pasir Mas, Kelantan sebagai pusat kajian. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu pemerhatian artifak, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh persekitaran, permintaan serta perkembangan teknologi yang menyebabkan inovasi kreativiti pada blok batik ciptaan Adiguru Ghani. Kesimpulan daripada kajian ini berjaya merungkai kreativiti blok batik dan memberi pendedahan serta impak pada potensi blok batik. Implikasi dari kajian ini berjaya memartabatkan dan melestarikan warisan kraf negara agar boleh dihayati oleh generasi akan datang. Kata kunci: blok batik, identiti, kreativiti dan Adiguru Ghani

References

Arney, S. (1987). Malaysian Batik Creating New Traditions. Kuala Lumpur: Kraftangan Malaysia

Mahadi @ Ibrahim Deraman. (2016). Khazanah Batik Blok. Akhbar Metro

Masterwan Batik. (2010). Motif Dan Sejarah Batik Di Malaysia (Sejarah Batik). Retrieved from http://ruangseni.blogspot.my/2012/02/sejarah-batik-malaysia.html

Noelelawaty Haron et. all. (2014). Evolusi Penggunaan Blok dan Teknik Pembuatan Batik di Malaysia: Satu Pengenalan, Isu-Isu Sain dan Teknologi Di Alam Melayu. Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Noraiani A. Shariff. (2010). Seni Kraf Pilihan Terangganu. Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Rose Slivka. (1968). The Crafts Of The Modern Worl. New York: Horizon Press.

Siti Zainon Ismail. (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

VisitSelangor.com. (2021, May 26). Map of kelantan state. Visit Selangor. Retrieved January 23, 2023, from https://www.visitselangor.com/information/malaysia-maps/map-of-kelantan-state

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.