UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Harozila Ramli
Title :Elemen sosial budaya menerusi karya lukisan batik oleh Yusoff Abdullah
Hits :31
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Karya seni Catan Batik oleh Yusoff Abdullah menampilkan elemen sosial budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat. Dengan pelbagai corak, teknik, dan warna yang digunakan dalam lukisannya, pelukis berjaya menyentuh keragaman aktiviti budaya masyarakat, termasuklah tradisi hiburan dan seni yang diwarisi secara turun-temurun. Walaupun hasil lukisannya kelihatan sederhana, namun ia berhasil menonjolkan sifat-sifat unik usia dan personaliti setiap individu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dimana penyelidik menjalankan kerja lapangan dalam keadaan sebenar, mengumpul data melalui temubual, katalog pameran, karya seni batik yang dianalisis, nota lapangan, dan rekod rasmi lain. Proses penyelidikan diberi tumpuan melalui pengumpulan data yang berterusan. Analisis data dilakukan secara induktif, dengan matlamat mencari maklumat tanpa menguji hipotesis sebelum memulakan kajian. Keistimewaan karya ini terletak pada gabungan teknik batik menggunakan canting dan teknik cetakan skrin. Pemilihan bahan pewarna kimia yang kontras dan penerapan teknik retakan lilin turut menyerlahkan suasana dan dimensi dalam setiap karyanya. Dengan menggunakan elemen sosial budaya, Yusoff Abdullah berjaya menghasilkan karya seni Catan Batik yang unik, membezakannya dari pelukis lain, dan menekankan kepentingan untuk terus memelihara serta menghargai warisan budaya masyarakat. Kata Kunci: Catan batik, sosial budaya, gaya

References

Abdullah b. Mohamaed. (1990) Batik kita: Falsafah Motif-Motif dan Sejarahnya dlm Warisan Kelantan IX: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Chuah Thean Teng. Dalam Malaysian Among Commonwealth ‘Artists of Fame’ oleh Oh Cheng Gaik 1959.

Eloise Piper (2001). Batik For Artists and Quilters.Great Britain: Hand Books Press

Sarah Arney. (1987) Malaysia Batik-Creating New Traditions. Kraftangan Malaysia: Kuala Lumpur

Syed Ahmad Jamal (1992) Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Chee Khuan (1994) Perintis-Perintis Seni Lukis Malaysia (edisiPelajar) : Penyataan Pelukis Hoessein Enas. Pulau Pinang: The Art Gallery

Temu Bual, Hj. Yusoff Abdullah (pelukis dan penguasa batik), pada 22/4/06, jam 11.00 pagi. Di alamat 3613-D Jalan Sultan Ibrahim, Kubur Kuda 15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Zakaria Ali. (2005). Brosure Pameran Batik Painting & Painting Batik. Kuala Lumpur: Galeri Petronas.

Zeckry, M.S. (2020, March 30). Apa itu Budaya. Wacana Zeckry. https://zeckry.net/2020/03/30/apa-itu-budaya/


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.