UPSI Digital Repository (UDRep)

Pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan Model Proses Kreatif teksnaluri dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih

AVAILABLE Article 196 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan Model Proses Kreatif teksnaluri dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih
Type
Article
Main Author
Nur Amira Mohd
Additional Authors
  • Ghazali Din
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2024
Degree Type
Not related
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan fungsi pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih serta menganalisis aspek naluri yang terdapat dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian teks ini menganalisis sebanyak 11 karya yang terkumpul dalam buku Antologi Kuingin Berterima Kasih dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam penciptaan sesebuah karya. Terdapat tujuh naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil kajian yang dijalankan terhadap fungsi Pendidikan Estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih mendapati terdapat 3 fungsi utama yang telah dihuraikan. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Kemasyarakatan. Naluri Kemasyarakatan hadir dalam 5 buah karya, Naluri Kerohanian (4), Naluri Kemanusiaan (4), Naluri Keindividualan (2), Naluri Keintelektualan (2), Naluri Kealaman (3) dan Naluri Keindahan sebanyak 4 karya. Kajian ini mencadangkan Model Proses Kreatif Teksnaluri digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan proses kreatif dan kepengarangan dalam penciptaan karya ke atas penulis lain. Kata Kunci: Pendidikan Estetika, Teksnaluri, Model Proses Kreatif Teksnaluri, penciptaan karya

References

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Halim Ali (2011). Proses Kreativiti A. Samad Said Berasaskan Teori Teksdealisme. Jurnal Beradaban Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abu Hassan, U. H. (2011). Drama dakwah di Malaysia: kajian tentang proses penulisan skrip (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Tanjung Malim: Emeritus Publications.

Braginsky. I.V.(1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti Dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah et al, 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ghazali Din. (2010). Proses kreatif dan pemikiran: kajian puisi A. Wahab Ali dan Kemala (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris). Juraman, S. R. (2017). Naluri Kekuasaan dalam Sigmund Freud. Jurnal Studi Komunikasi, 1(3), 280-287.

Rahmah Haji Bujang (2000), Imaginasi, Persepsi, Visualisasi: Proses Kreatif Seni Persembahan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.